Followers

Friday, September 14, 2012

Minta derma bang!


Hari tu aku pergi bank. Maybank. Hari tu apa benda, Khamis lepas la.

Nak cek nombor akaun je pun. Lepas waktu pejabat sudah, pukul 5 lebih.

Anyway, lepas urusan selesai, saja duduk berdiri aka hanging kejap dalam bank. Perasan ada lelaki India nak masuk dalam, dia hulurkan duit kat seorang budak perempuan. Senyum budak tu. Suka.


hurm...

Saja aku lepak lagi dalam bank pekena aircond, sambil analyze gerak geri perempuan tu. Buat-buat tengok henset. Lagipun takde orang sangat lepas waktu pejabat ni.

Bertudung. Baju kurung. Muda. Remaja. Mungkin 14-16 tahun.

Nak lepak sini sampai bila??

Cam pelik duk situ lama-lama, aku pun ambil keputusan untuk keluar..

*buka pintu*

"Assalamualaikum abang, minta derma bang tolong Sekolah Tahfiz..."

pantas nye dia sapa aku. baru dua langkah


"Waalaikumussalam.. (spontan jawab)"

"Minta derma bang, tolong Sekolah Tahfiz.."

*buat muka serius, suspicious, genyit kening*

"Sekolah tahfiz mana ni?"

"Kuala **** (sambil tunjuk buku cam resit ada nama Sekolah tu)"

"Oh.. Tu jual pe?"

"Minyak..

Minyak pe? Malas lak nak tanya. Dia pun cam taknak citer. Lagipun, tak nampak cam minyak yang pelik2....

*buka dompet*
 
"Hm..k.. (sambil hulurkan note RM)"

"Terima kasih bang.. (sambil senyum lebar...)"


Aku bukan jenis suka soal siasat orang. Tak reti. Bagi je lah.

Pergi kat kereta. Sambil tunggu panas enjin, usha kereta depan belakang nak keluar jalan, nampak la budak perempuan tu pergi kat kedai sebelah..

oh rupa-rupanya ada kawan...

Kawan dia cam dia, baju kurung suma, nampak cam sebaya, tapi dia duduk kat depan kedai je. Mencangkung. Ada handbag kat sisi.

hurm...



Tetiba teringat AJK Penajaan masa kat USM.