Tagnye berbunyi begini:
Sila ceritakan 3 benda kesayangan anda..Cam hampeh je arahan. Takpe. Nak tulis juga.
'Benda' kalau dari segi bahasa merujuk pada sesuatu barang la, tidak bernyawa, objektif, boleh dilihat, isnt it? Tapi, kekadang ada gak orang guna perkataan 'benda' untuk yang bernyawa, subjektif dan sesuatu yang ghaib. Takpe. Aku nak cakap benda yang tidak bernyawa, objektif dan boleh dilihat dengan mata kasar.
Aku tak tulis ikut rank benda yang aku sayang ni.
1. Laptop COMPAQ Presario F700

2. Buku/Books/Kitab

Ini umpama medan 'hard copy' aku. Manga, magazine, novel, buku2 akademik dan ilmiah, semua ada kat rak tu. Semuanya aku sayang. Semua aku beli sendiri dengan duit aku. Mungkin anda tengok kat rak tu macam banyak manga & komik, (memang pun) sebenarnya, macam2 jenis buku ada situ. Buku lakaran komik2 buatan sendiri masa muda2 remaja. Buku sudoku. Buku kenangan SMKANT & KMPP. Macam2 lagi la!! Ada sesetengah aku sayang dan balut ia dengan plastik. Baru kekal kecantikan covernya.
Sebenarnya, ada banyak lagi buku2 aku yang aku dah simpan dalam kotak. Doraemon. Kreko. Masih sayang lagi. Cam rugi je nak buang. Banyak woo Kreko aku.
3. DVD Collection

Inilah benda yang aku sayang. Bila USM KK fellow tengok koleksi DVD aku, mereka cakap,
eh Hakim, Boleh wat library ni! Boleh wat sewa! 50 sen satu ka..Kalau rakan2 yang datang rumah aku plak, tengok rak buku aku,
aku rasa baik hang buka library buku ar.. Ada untung gak. Aku jadi partner. Jom ar!!Untung je hampa fikir..Ish2. Benda. Barang. Keduniaan betul. Tapi, nak wat camna. Aku tetap sayang. So, kawan2 kesimpulannya, jagalah barang yang anda sayang sebelum terlambat.. (ape yang lambatnye??xD)
Seterusnya, tag aku jatuh kepada - DarkArtz. Ko kan free... hehe.