Followers

Tuesday, May 5, 2009

Latihan Dietetik Komuniti (Ver. 1)

Salam wbt..

Aku rasa cam hendak menulis sesuatu pasal aku nye first praktikal ni... Ia digelar Latihan Perkhidmatan Dietetik Masyarakat. Sementara rakan2 Forensik, Biomed dan yang seangkatan dengannya berpoya-poya di alam cuti, kami budak Diet menimba pengalaman di alam komuniti... Sebab apa ver. 1? sebab aku rasa aku nak menulis macam2 lagi pasal benda ni kat sini..nanti senang sikit nak buat report. Just ambil dari sini~~~ Yeah!

Hari ini adalah hari kedua aku ber'komuniti'. Kami kena berkomuniti dari 4 Mei - 26 Jun. Berapa lama? Dua bulan da.. Nak habis cuti siot.. Dan aku, seorang diri, disebabkan alasan tertentu aku memilih berkomuniti di Pusat Hemodialisis, Simpang Ampat. Yang jauhnya. lebih kurang..hm, 30 km kot dari rumah aku..jauh doh. tapi cam dekat pun ada..maybe sebab dah selalu pergi Bukit Mertajam naik moto dengan member..rasa dekat le gak.

Nanti aku cerita sebab aku pergi tempat ni. Hari ini aku nak berseloroh merepek tentang apa yang berlaku selama dua hari kat situ.

Okay..kelmarin. Hari pertama. Pergi melaporkan diri. Pukul 10 kot aku pergi. Sebab hujan lebat pagi tuh. Ayah aku yang hantar. Jumpa En Mohd Noor, MA atau Medical Assistant tempat tu. Masih lagi dalam blur2, aku dibawa duduk kat bilik beliau. Aku bagi dia surat biru, surat melaporkan diri..dan aku nyatakan kat dia aku masih tak tahu nak melakukan apa di situ... dia pun cam takdak respons sangat.. maybe dia pun takdak idea nak bagi aku watpa.. And then, aku diperkenalkan dengan staf2 kat situ..nurse le sumer...

Semua beransur buat kerja masing2..hm..hari pertama..nak watpa sangat pun..aku duduk je la..tengok2 camna keadaan pusat ni.. camna mereka bekerja.. Dah la sakit perut plak.. hoho. Hari pertama ni aku rasa just banyak sembang2 dengan staf la. Camne pusat tu berjalan apa sumer...tak berani nak sembang dengan patient lagi doh...

Pesakit semua ada 53 orang. Mereka datang ikut giliran dalam jadual selang sehari. Contoh, kalau Mr X pergi Isnin, dia kena datang Rabu plak..sama ada pagi atau petang...Dia datang, buat dialisis selalunya dalam 4 jam sahaja..kemudian pulang ke rumah..habis.. Pesakit tinggal kat rumah mereka la..kebanyakan pesakit adalah dari sekitar perumahan Pusat Dialisis ni jugak. Justeru, aku tak dapatlah nak buat aktiviti sangat macam kat Rumah Kebajikan Orang2 Tua..

Hari pertama aku adalah sangat bosan..aku duduk jek..tak buat apa sangat..tengok2 mereka bekerja..baca paper entah berapa kali sudah dibelek... Dan terpaksa balik lambat tunggu ayah aku ambil. Rehat2 dengan En Noor tu boleh plak dia sembang2 politikus dengan aku..hohoho.. Cara dia cakap mengingatkan aku pada seseorang yang aku pun tak ingat sapa da...maybe cikgu aku kot..

Hari kedua? Sama sahaja bosan.. Aku pergi lambat gak..Pukul 10. Tapi aku ada idea sikit nak watpa la hari kedua ni. Sebab En Noor cakap kebanyakan patient takdak motivasi nak kawal pemakanan mereka.. Cakap macam mana pun tak boleh ubah katanya.. Tak pandai berpantang. Sebab tu dialisis mereka ada yang teruk jek.. Oleh itu, aku terfikir gak le nak wat dietary recall neh... Nak tau la apa yang mereka makan seharian kan? Baru aku leh kaitkan dengan masalah pemakanan mereka. dan hari ini, aku hanya interview dua orang sahaja...hohoho. Dua orang yang aku rasa bermotivasi la.. Kawal pemakanan. Nama mestilah confidential. hahak.

Kebanyakan maklumat aku dapat kat situ hanyalah informal..jadi tak berapa ingat da benda2 penting nak tulis sangat pun..Gambar pun aku tak tangkap lagi.. Aku nak tengok2 perhati dulu seminggu ni pusat dialisis ni..apa yang boleh dibuat kat sini.. Diet recall, lagi.......taktau sudah...Food Diary maybe.. FFQ.. tengok le macam mane....huhuhuhuhuhuhuuh

In 'nyesal' mood...