Followers

Saturday, December 11, 2010

Reviu Merepek: Hantu Kak Limah Balik Rumah

Amaran: Mungkin ada spoiler. Tapi penulis akan kurangkan seboleh mungkin.



Sinopsis: Sequel dari muvi Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid. Berkisarkan si Husin (Awie) yang telah pulang ke Kampung Pisang dari Singapura dan mendapati kononnya jiran sebelah rumah beliau iaitu Kak Limah telah mati dan menjadi hantu. Kecoh satu kampung apabila perkara ini berlaku. Bomoh-bomoh telah dipanggil untuk mengatasi perkara ini tetapi langsung tidak berkesan. Apakah sebenarnya yang berlaku pada Kak Limah? Bagaimana pula kisah cinta Husin dengan Che Nin setelah beliau memutuskan ikatan pertunangan dengannya? Saksikannn~~
by chanz.



Okay. Kali ini aku mengambil keputusan tengok citer Melayu! Aku dah dengar banyak reaksi positif dari ramai orang akan citer-citer Mamat Khalid ni. So, nak try.

Tetapi... sepanjang tengok muvi tu aku asyik rasa annoy dengan para penonton sekeliling yang gelak bukan main. Orang belakang dan orang depan. Scene takde la lucu sangat pun dia ketawa! Haiiihhh..

--------------------------------------------------

Pertama sekali, citer Mamat Khalid memang lain. Banyak unsur sindiran sinis dan parodi boleh dikesan. Intro citer pun dah berparodi dengan paparan trailer filem Zombie kat sekolah apa ntah. Isn't this a parody of his previous film? Ramai orang ingat intro tu adalah intro muvi ni tapi aku dah agak awal-awal lagi bukan. (err this is so spoiler lulz)

Beberapa ayat penuh sindiran sarkastik yang aku rasa ada dalam skrip filem ini. Maybe ayat dia lain sikit la. Tak ingat sangat~

"Filem buatan pelajar tajaan PTPTN"
"Ape...lah filem kita ni citer takde faedah langsung!"
"Sapa pengarah? Hassan Mutalib...lulz"
"Selama ini aku hidup bergantung kat subsidi je! Sekarang aku nak berusaha sendiri"
"Inilah orang kita! Dunia dah moden tapi masih percaya kat benda-benda tahyul!"


Dan lain-lain.. Aku agak terkesan dengan watak si anggota kesihatan (tak sure dia doktor ke apa) yang tak abeh-abeh bajet sibuk. Beliau juga hanya mengeluh dengan nasib bala kampung beliau tapi beliau tak mengambil apa-apa tindakan pun? Ahha~ Ada sapa-sapa yang anda kenal berperangai sedemikian?

-----------------------------------------

Kedua, lawak Mamat Khalid boleh lah dikatakan tidak bodoh. Boleh la tahan...lawak beliau. Although I think K-On! is the best comedy. :P Mungkin aku tak dapat layan sepenuhnya filem ini disebabkan terganggu dengan penonton? Maybe..

Paling tak boleh blah adalah si Usop. Tangan diaaa!!! Haha!

------------------------------------------

Ketiga, terdapat teguran dalam filem ini. Rasanya para penonton dapat faham apa yang cuba disampaikan iaitu tentang minda sempit orang Melayu yang terlalu percayakan hantu. Orang Melayu ni mudah sangat percaya benda-benda tahyul, hantu lar, UFO ler, zzz. Tolongg ar. Of cos benda ghaib ini wujud tetapi takkan semua benda nak dikatakan hantu?? "Weh weh aku nampak benda putih kat tandas malam ari tu! Hantu ke apa!" Biasa dengar? lulz Padahal mungkin hanya baju berwarna putih.

Tak banyak filem Melayu yang ada unsur teguran camni. Kebanyakannya, lawak budus dan tak bertamadun. So, kudos to Mamat Khalid~

------------------------------------


Antara perkara lain yang aku respek pada Mamat Khalid adalah penggunaan warna dan cahaya dalam filem ini. Ia nampak kontras dan sesuai dengan scene. Scene ketika orang kampung berkumpul kat belakang bomoh Siam dan hanya berbekalkan satu torchlight dan sedikit cahaya nampak seram yet funny~

Aku tak tahu nak rekomen ke tak filem ni kat korang sebab aku pun tak begitu feel sangat tengok. So.........try tengok je lah! hehe Oh lupa. Korang yang tak tengok Zombie Kampung Pisang tak perlu risau, boleh faham punya. Aku pun tak tengok yang first!

Rating? 6.5/10 ler kot. Tulis punya panjang bagi sikit je? Well, this is subjective.

Itu sahaja. Enjit-enjit semut...sapa sakit naik atas!! :P


TQ. Noted by,
11:54 pm, 10/12/10
chanz

3 comments:

  1. 6.5 je? kedekut lah hg bg lah byk sket! hahah.. tp last time aku tengok zombie kampung pisang seronok je. 2,3 kali aku tengok kot sbb lawak!

    ReplyDelete
  2. macam menarik.. aku pn tak penah tengok zombie kampung pisang, sebab tajuk dia tu macam merepek yang tak boleh handle. yela, macamane pun kite akan judge by its cover jugak :P len kali bagi la nama movie sedap2 sikit.

    ReplyDelete
  3. @aishah - membe ak yg tgk zombi cakap zombi lagi best. taktau la.. macam aku tulih atas tu, rasa annoy dgn penonton! huhu

    @uteh - try je tengok. tajuk dia memang tak boleh blah.

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)