Followers

Thursday, December 23, 2010

chanz's Top 10 Anime 2010

Countdown to 2011...I am going to review my top 10 anime before the year going to end.

The animes not all produced in year 2010. Some are 2006, etc due to me recently watching it this year.

Mari kita lihat! (Nak try tulis dalam BM lah tengok jadi tak)

 

10. Legend of the Legendary Heroes
JAP: Densetsu no Yuusha no Densetsu.
MLY: Legenda Hero-Hero Hebat

Episod: 24

Sinopsis: Berlatarbelakangkan dunia magik, Ryner Lute, pemilik mata Alpha Stigma yang dianggap monster oleh masyarakat, mengembara bersama Ferris, ahli pedang, untuk mencari barang peninggalan (relic) hero-hero terdahulu atas arahan Sion Astal, raja empayar Roland dengan tujuan mengubah dunia mereka menjadi lebih baik.

Anime ini baru sahaja chanz tamatkan pada episod 24 dua hari lepas. Anime ni berada di tangga kesepuluh kerana mempunyai penamat yang mengecewakan. Plot perjalanan anime ini bagaimanapun menarik disebabkan watak Ryner yang dianggap monster. Situasi peperangan yang ditonjolkan dalam anime ni juga membezakannya dengan anime lain yang bergenre magik, di samping kisah percintaan/unsur harem antara Ryner x Kiefer, Ferris, & Milky.



9. Detroit Metal City
MLY: Bandar Logam Detroit

Episod: 12

Sinopsis: Anime komedi mengisahkan Souichi Negishi, vokalis band death metal Detroit Metal City dengan gelaran Johanness Krauser II. Negishi berpersonaliti lebih lembut dan meminati music folklore. Maka berlaku konflik dalam diri beliau di samping cuba menyembunyikan siapa beliau dari keluarga, rakan dan teman istimewa, Yuri-chan.

Serius lawak! Tetapi amaran, lawaknya agak kotor sikit lah. So, no. 9! Plus, ia hanya 13 minit per episod! :DD


8. Ore no Imouto ga Konnani Kawaii Wake ga Nai!
ENG: There's no way my little sister can be this cute!
MLY: Tak mungkin adik perempuan aku comel sebegini!

Episod: 12

Sinopsis: Mengisahkan dua beradik, Kousaka (abang) dan adik perempuannya (Kirino). Mereka tidak pernah bertegur sapa sehinggalah suatu hari...Kousaka mendapati adik perempuannya adalah peminat anime dan eroge!!

chanz masih lagi sedang tengok anime ini (ep 8) ketika artikel ini ditulis. Bagi peminat anime di luar sana, anime ini adalah wajib kerana banyak unsur & perkara berkaitan anime ditonjolkan. Lagi, tak tahu kenapa semua watak adalah tsundere dalam anime ni!! :P



 

7. RAINBOW
JAP: Niji
MLY: Pelangi

Episod: 26
Sinopsis: Mengisahkan 6 sahabat sejati yang menempuhi hidup pada era selepas perang dunia kedua. Ikatan persaudaraan mereka terbentuk sejak mereka bersama-sama di institusi pemulihan akhlak dan mengenali An-chan, penghuni asal bilik mereka menginap.

chanz dah reviu pasal anime ni. Kisah persahabatan mereka ni, rasanya....tak tertanding! Adakah ia wujud kat dunia sebenar?


6. K-On!!
JAP & MLY: Kei-On!!

Episod: 26

Sinopsis: Yui-chan, Ricchan, Mio-chan, Mugi-chan & Azunyan, ahli kelab muzik ringan (light music) iaitu Houkago Tea Time kembali memeriahkan musim persekolahan mereka!

Anime ini serius cakap anime all-time favorite chanz. Yui-chan yang rilek-rilek umpama takde masalah, Mio-chan yang pemalu, Ricchan yang happy go lucky, Mugi yang noob dan Azunyan yang comel. Terbaiiikkk~



5. Higurashi no Naku Koro ni (all series)
ENG: When the Cicadas Cry
MLY: Saat Cengkerik Berbunyi

Sinopsis: Maebara Keiichi, berpindah ke pekan kecil Hinamizawa bersahabat dengan kawan sekolah - Rika, Satoko, Rena & Mion. Hidup beliau aman bahagia sehinggalah..tragedi menimpa penduduk kampung tersebut.

Woooho~ Baru nak layan anime ni. Sebelum ni chanz dah layan Umineko no Naku Koro ni, dan chanz sangat sangat thrill!! wuuh~ Sapa yang suka thriller seram dan kisah tragedi sila tengok anime ini!



4. Shiki
ENG: Corpse Demon
MLY: Hantu Pocong..err

Episod: 22

Sinopsis: Seorang demi seorang penduduk kampung di Sotoba meninggal dan ia pada mulanya disangkakan epidemik oleh Dr Ozaki Toshio, doktor kampung tersebut. Namun hakikatnya..ia berkaitan dengan mitos kampung tersebut iaitu Okiagari (the risen) atau hantu pocong..err.

Wuhh~ Sangat creepy. Dan leh tahan thrill. Skang masih di episod 20. Soundtrack music anime ini juga terbaik. chanz tak sabar nak album soundtrack anime nih!!




3. Mobile Suit Gundam Unicorn OVA Episode 02
MLY: Sut Mobil Gundam Unicorn

Sinopsis: Sambungan OVA Gundam Unicorn setelah 6 bulan berlalu.

Apa yang boleh dikatakan!! Ini adalah GUNDAM!!!! Terbaiiikk~~ XD



2. Durarara!!

Episod: 24

Sinopsis: Mengisahkan kehidupan di Ikebukuro yang penuh dengan mitos dan legenda seperti penunggang motosikal tanpa kepala. Ryugamine Mikado berpindah ke Tokyo tanpa mengetahui banyak perkara menakjubkan menantinya..

Yeahhhhh...Heiwajima Shizuo~ chanz belum habis maraton lagi anime ni! Disebabkan external hardisk rosak hari tu! Anime ni konfem anime terbaik tahun 2010. Cara penceritaannya sangat best. :D Go watch this already.


1. Fullmetal Alchemist Brotherhood
JAP: Hagane no Renkinjutsushi: Kyoudai
MLY: Ahli Alkimia Penuh Logam: Persaudaraan

Episod: 64

Sinopsis: Edward Elric, Ahli alkimia mengembara bersama adiknya Alphonse Elric demi mencari Batu Filosofer untuk mengembalikan tubuh badan mereka.

Rasanya, ramai yang dah tahu akan siri ni. Ramai kawan chanz tetiba minat anime coz tengok FMA. So, guys, anda wajib tengok anime ini! Tahniah juga untuk siri ini kerana mendapat no 1 dan dinobatkan anime of the year 2010 oleh chanz!!! :P

P/S: Serius pelik perasaan menulis perkara berkaitan anime dalam Malay...huhu


TQ. Noted by,
11:39 pm, chanz
23/12/2010

8 comments:

  1. I'm not writing this just for the sake of you to love that..

    tsun statement desu :P

    ReplyDelete
  2. satu pun ksol xpernh tgok..ape ni!!!..haha
    comel je anime yg xmungkin adikku secomel ini..

    leh x tukar..xmungkin adikku segemuk ini??..haha

    ReplyDelete
  3. @ksol - apa la ksol! nanti sy copy ke hdisk ksol! hehe..boleh je tukar~ hehe

    ReplyDelete
  4. FMA:B was superb, deservedly got the no.1 spot, in fact I did put FMA as my no.1 anime, in 2009 (since it began airing in that year). That's why for my 2010 top 10 list, Durarara wins it : )

    I would love to put Shiki on my list too, but the studio production really need to improve the animation art a little.

    ReplyDelete
  5. @seraph - oh yours in 2009. I prefer made a list based on a completed series. Well, I'm not really an updated guy.

    Yup, that is the weakness in Shiki, but somehow the BGM overcomes that for me. :)

    ReplyDelete
  6. FMA the best beside bleach, gundam seed n gundam seed destiny... :))

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)