Followers

Thursday, August 11, 2011

Cermin & Charisma



Anda pernah main game the Sims? Tak pernah? Pergi main sekarang!!


haha. 



Bagi yang pernah main, tentu pernah biasa dengan attribute Charisma yang ada pada setiap karakter. Biasanya, Charisma ni penting bagi karakter-karakter yang kita ceburkan dia dalam bidang Law, Politics, dan Entertainment. Ye lah kan, bidang-bidang ni perlukan karisma, perlukan individu yang boleh berkata-kata di khalayak ramai, mempunyai soft skill dan interpersonal skill. Walaupun bidang lain perlu juga karisma ni, tapi tak sepenting tiga bidang pekerjaan di atas.

punk ni nak build charisma

Bagaimana karakter ni nak build dorang punya karisma? Antara cara yang dipraktikkan dalam game ni adalah.... cakap sorang-sorang depan cermin! woahhaaha.

Dan itulah pesanan dan nasihat yang aku terima bebaru ini.......zzz

Bukan aku tak pernah cuba praktis cakap kat cermin, but, bila aku try aku jadi sama ada; blur nak cakap apa, aku gelak sorang-sorang tengok muka aku yang poyo atau aku buat benda lain, belek2 rambut, muka. huargh

Serius la. Soft skill, kemahiran bercakap sumer ni kena diberi perhatian sejak di bangku sekolah lagi. Aku pun taktau la kenapa. Kat sekolah, semua kawan-kawan aku semuanya senyap bila cikgu tanya soalan ke apa. Aku pun ikut la persekitaran pembelajaran tersebut. Dan memang aku akui, aku suka keep everything to myself. So....I become quiet. People know that.

Dan sampai kat USM pun, semuanya camtu gak. Tak ada soalan nak tanya lecturer. Kurang respons. Aku pun......let's go with the flow lah eh? Aku pernah try menjadi aktif dalam kelas, but then....aku dah jadi malas.. Awat diam sangat dorang ni? Mereka semua diam aku pun nak diam arr!

Walaupun aku realize ada individu2 yang memang berani meluahkan segala persoalan ketika di kuliah dan tutorial. Tapi tak ramai.

Entahlah.

Nasihat kepada mereka-mereka yang masih di medan pengajian, janganlah jadi quiet. Tanya ja soalan kat lecturer tu. Sekian.