Followers

Saturday, January 7, 2012

Kuala Lumpur.

Tokyo wa kowaitte iteta...
Tokyo sangat menakutkan!

Aku tak pernah imagine aku akan datang bekerja di KL.

Dan aku tak expect langsung aku akan jumpa macam-macam benda kat sini.


Aku lihat ramai kawan aku kat Penang, yang pernah bekerja di KL, semuanya berhenti kerja. Semua cakap tak boleh hidup kat KL. Nak kerja kat Penang. Well, kakak aku yang grad UM pun cakap camtu. So sedikit sebanyak, aku pun absorb kata-kata mereka.

Di saat aku dah decide nak berhenti, aku ditemukan dengan banyak peluang. Jumpa banyak orang. Aku jenis yang see the good in people, so dengan kata lain aku mudah terpengaruh. But it's not a bad thing right? As long as you know the things you do is right.


"Life changes in a minute decision.."

Status fesbuk aku yang paling latest.

Semua yang berlaku sepanjang aku di KL berlaku dengan pantas. It happens so fast.

Tetiba jadi catering dietitian. Kerja subuh sampai maghrib selama seminggu. Dimarahi ceo depan staf. Berdepan dengan complain. Staf. Huh. Macam-macam.

Dan tetiba aku terinvolve dalam benda ni. Apa benda tu? Ahak...nanti nanti aku citer.

Tetiba..

Dan kalau nak tahu aku tak bersedia pun dengan semua peristiwa di atas. Tapi kata-kata seorang abang semalam (individu yang disegani ramai):

"Mana ada orang betul-betul bersedia. Tapi kalo perlu, kena bersedia. Dapat job, tak bersedia camna pun, kena bersedia. Ada masalah kerja, camna pun kena bersedia. Tak ada orang yang bila face dengan satu benda tu, dia sangat bersedia. Takde."

Agaknya, kalau aku tak terima offer catering dietitian tu (ada kawan aku yang tolak aku tau..), mungkin aku masih seperti dulu. Kalau aku tak terima jemputan kawan aku main boling malam tu..(baru balik kerja penat kot malam-malam nak main boling, tapi aku pergi), agaknya sekarang aku mungkin dah tak sabar-sabar nak tunggu 20hb.

Tapi tak lagi sekarang. Aku rasa macam rugi kalo aku tinggalkan kota raya ini sekarang.


Harap-harap penglibatan aku dalam ni boleh ubah aku punya mindset dan persepsi. Oh dan..moga keputusan aku resign tu betul la. Gaji tak setimpal. Tapi...entah la, rasa macam tak patut resign pulak. Argh..daripada aku jadi balaci bagi mamat kerek tu kaya.....