Followers

Friday, August 31, 2012

chanz's review: 29 Februari

Semalam 30 Ogos 2012, 10.30pm...saya menonton filem 29 Februari ni. 2D je. Den tak minat 3d ni ha.



Sinopsis? Kalau dah baca review ni, mesti la dah tahu sinopsis nye ye tak? Takpe, aku bagi sinopsis, versi chanz.

29 Februari. Tahun lompat je ada tarikh ni. 4 tahun sekali. Unik kan? Dan tersebutlah kisah seorang lelaki yang lahir pada 1896, 29 Februari bernama Budi. Seperti tarikh tersebut, Budi juga unik. Jangka hayatnya lebih panjang. Setiap 4 tahun sekali barulah dia menua... Dan ini kisah Budi meniti zaman perang hingga ke 2012..

Menarik? Pernah tengok Curios Case of Benjamin Button? Ada persamaan di sini. Ya, KRU studios memang pandai pancing minat aku untuk tengok.



Okay, bagi aku filem ini tak lah seawesome seperti yang aku jangka, tetapi ia juga bukanlah biasa. It's KRU studio.

Plot: Plot berjalan pantas. Bagi aku, plot cerita jelas, mudah difahami. Mungkin, personally, aku harap lebih banyak peristiwa sejarah dikaitkan dalam citer ni, bukan tak ada, cuma KRU selit sikit-sikit je. Scene di stadium yang sepatutnya beri impak patriotik tapi kurang rasanya kesan. Well, ini bukan kisah sejarah.

Score: Awesome. Just the best. Setiap scene penuh dengan muzik. Sesuai, kena dengan mood. Aku tak pasti sama ada mereka hasilkan sendiri atau cilok mana-mana filem, namun yang pasti ia memang masuk dengan scene. TAPI, ada music score yang aku notis ciplak...Hans Zimmer. Dari The Holiday ost. Sikit je yang diambil pun.

YOU THINK I CAN'T SING?

Muzikal: I assure you, this is the strength of this movie. Scene menyanyi tak nampak janggal. Macam Hoore Hoore, tak sesuai langsung scene nyanyi. Dah la elektronik suaranya. Tapi bukan 29 Februari, part mereka nyanyi-menyanyi sangat kena, lagu juga sedap. Ada sesuatu yang membuatkan aku terkesima (chuckle, actually) apabila NENEK PUN NYANYI!! Pernah ke jumpa filem muzikal nenek tua tengah nazak kat hospital boleh nyanyi-nyayi lak.

Erm, sori spoiler. :P

ngade ngade la awak...hehehehe.. (LOL)

Lakonan/Casting: Remy Ishak - A. Jojo Goh - A. Semua A kecuali Fizz Fairuz. Dude, you failed to be anak tanjung, Penang people. Budi masa remaja pun A. Muka lebih kurang kot dengan Remy Ishak. Si Remy dengan Jojo ni kalau tengok sekilas tak ada chemistry langsung, tapi dalam filem ini, yep Budi dan Lily memang jodoh. Jelas kemesraan. Pelakon baru, Izzue Islam, sebagai Razak, ya, penghibur cerita, tapi aku rasa cam pernah tengok watak camni.....is it in Hindustan? Dan Namron, aku suka betul Namron ni berlakon, marah-marah orang. Style dia, lain sikit. Dan Acong, hahaha, mata sepet ingat dah cukup wapanese le tu. Belum cukup nak jadi otai Jepun.

Grafik: KRU studio memang sudah gah dengan grafiknya. Kalau teringin tengok klip video bersejarah yang telah digitally remastered, silalah tonton filem ini. Notable clip adalah masa laungan merdeka di stadium.

Twist/Mind-boggling: ...hurm..none. haha.


Personal comment:

ramai orang kot.

Aku respek dengan KRU studio sebab satu-satunya produksi yang boleh hasilkan filem yang ada RAMAI ORANG. Mereka boleh ambil ramai extra/pelakon to make it crowded (apa term pelakon camni eh?). Bukan sekadar pelakon utama sahaja yang ada dalam scene. Watak-watak orang ramai, pejalan kaki, pembeli tiket, pelaung kemerdekaan, OH ramai kot. Macam Merong Mahawangsa. Even if they just happened to be at the shooting site, still KRU studio kena dapatkan consent dorang to be in their film or doing something like berdiri tengah jalan dengan papan tanda "SHOOTING SEDANG DIJALANKAN. MOHON KERJASAMA" lol.. Lots of hard work needed to be done here.


Cuba compare filem atau drama Melayu lain, setakat pelakon utama je la, 2 3 orang dalam satu scene. Scene dalam rumah, kat kedai makan, tepi sungai, tu je la yang boleh buat. Senang sikit kan. Ada la 2 3 pelakon sebagai orang awam ni selalunya. Kalau orang ramai tu, rasanya they just happen to be there dan jelas sangat kita nampak orang awam usha-usha pelik kat kamera.


Oh ya, cerita ni panjang, bila part nak ending, Budi masuk tahun 2012, yang masa scene perarakan merdeka kat Penang tu, jam aku pun dah masuk 12 am, 31hb 8...hahaha..

*super spoiler di bawah*

Selalu juga aku pertikaikan ketidaklogikan akal filem-filem, baik Hollywood apatah lagi Malaywood. Dalam filem ini, satu yang aku rasa tak logik adalah scene kemalangan. Bukankah ia common knowledge cermin kereta moden disalut dengan chemical supaya anti-gegar dan tahan pecah. Even tanpa tinted, it's still strong. Mana mungkin pecah apabila langgar manusia. Melainkan manusia tu buat dari besi, pecah la ia. Oh pecah.


Yeah, next Malay movie to look forward is......PECAH!

Serius. Secara tak sedar, aku ingatkan aku sedang tengok filem Pecah. Dari KL, ke Penang. Sebijik cam novel Pecah. Lagi pula, si Lily nak jadi penyanyi kat kelab. Lepas tu, watak Malay dan Chinese. Zaman retro dulu kala. Haha. Hebat pengaruh novel ye.


se.....no!!

Good movie nevertheless. No, it was good effort by KRU Studio that made it's good. Show your support and watch this movie people!!

all pics taken from its trailer and Kelip-Kelip MV. 

#merdeka55

1 comment:

  1. Patut aku ada gak dalam movie ni.lol.

    kalau dvdrip keluar kena download ni. itu je yang aku mampu.

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)