Followers

Tuesday, December 10, 2013

Futsal


Tadi aku gi main futsal.

Gosh.

Main futsal setahun sekali je.

Futsal memang jauh benar dengan main bola padang ni.

Dah lama tak main, memang cam hampeh la aku main.

Tapi lepas beberapa game, aku dah okay sikit. Dah dapat baca game. Main dengan laju. Ada pace sendiri.

Pelik je.



Kalau main bola padang ni, jangan harap aku leh skor. har har har.

Aku sebenarnya ada pengalaman buruk dengan bola ni.

Ya aku akui aku memang takda skill pun main bola. Nak dribble macam Suarez jangan harap la.

Masa sekolah dulu, cam biasa la orang takda skill ni main kat defense je.

Aku ni tukang clear bola. Apa ntah panggil. Tak ingat.

Disebabkan main defense, maka aku selalu berdepan dengan mereka-mereka yang suka merembat bola.

Masalahnya, bola dirembat bukan pergi ke gawang. Kena kat aku.

Kena kat perut. Kena kat...well, bawah tu. Kepala. Biasa lah tu.

Which in turn making me kind of scared of the ball.

Kalau korang tengok aku main...memang jelas la nampak aku main gaya takut dengan bola.

Pahtu kekadang aku main goalkeeper.

Yang ini aku fail.

Defense okay lagi.

Disebabkan jadi goalkeeper jugak jari kelingking kiri aku tak lurus. Bengkok sikit. Padan muka. Sapa suruh tak urut bagi elok. Ahh tetiba rasa sengal sendi kat jari tu.

Tapi, sebagai seorang INTP, aku ada kelebihan sendiri. Aku pandai analyze situasi. Sebab tu pernah ada senior aku cakap dia suka tengok aku main. Sebabnya..aku tahu kat mana bola akan pergi, so aku akan lari dengan lajunya lebih awal. Dapat bola, aku main tendang ke depan je. Selalu dapat kat teammate la. Tapi aku tak reti tackle. Tak reti nak "masuk". Tapi aku senang dapat bola. Get it?

Anyway, aku nak cakap kat sini futsal tak sama langsung dengan bola di padang ni. Soccer.

Tak payah skill sangat pun boleh je main.

Padan la kawan aku masa sekolah dulu yang sama-sama otaku, kaki komik bagai...ni setelah lebih kurang 9 ke 10 tahun tak jumpa...tetiba dia tu jadi kaki futsal. Setiap hari main. Semua tournament dia masuk. Kan kan. Semua kawan aku tak caya dia main futsal. Kat sekolah taknah turun main kot! Aku ada la jugak main.

Ha ha ha ha.

Dan dengan futsal jugak, orang senang nak belajar main dengan cepat.

Yang bagusnya futsal, orang tak dapat nak rembat sangat. Jarang la orang rembat. So aku takyah takut sangat. hahahaha.