Followers

Thursday, February 27, 2014

bp/mthon: caucasian grandpa


Masa aku otw dari LCCT ke stesen KTM Nilai hari tu....naik bas Airport Liner..aku terperasan seorang datuk (nota: grandpa) berbangsa Caucasian ni. agaknya berumur sekitar 70an. Mungkin 80.

Disebabkan aku terlupa nak simpan duit kecik untuk naik bas (lama tak naik bas transit/shuttle wey), aku selamba jer bayar RM50. Apa ke bangang budak ni naik bas bayar banyak tu. Nasib baik pakcik driver tu kata takpa, katanya tunggu jap. Sementara dia layan penumpang lain nak naik... aku pun duduk la kat seat belakang driver...kang gi jejauh kang dia dah drive lupa nak minta baki.

Sambil tunggu2 tu, aku observe la penumpang2 yang naik..

Ada yang nak pergi KLIA je, ada yang nak gi Nilai gak. Ada pakcik sekitar 40an, ada Indian, Bangladeshi, ada mamat ni cam kenal driver (regular kot), then ada Caucasian.. sorang agak muda. Sorang ni grandpa yang aku cakap ni. Sebelum naik bas lagi aku dah perasan dia.. Dengan topi dan backpacknya, kasut sukannya, speknya.. He's a traveler indeed. Though he seems at lost that time. Like it's the first time here. (aku pun first time lol)

And he said he's going to Nilai gak..

So bas ni sebenarnya pergi KLIA je, kena transit naik bas Airport Liner lain kat KLIA..

Sampai2 KLIA, aku dah tanya bus driver, which bus.. sebelah je bas dia.. dan memang bas tu ada papar kat cermin route dia ke Nilai..

sesudah aku naik bas tu, terperasan grandpa tu kat luar, depan bas.. dia cam tercari-cari mana bas ke Nilai tu. serius dia blur. dan seperti dia tak tahu ini adalah basnya. aku tahu dia nak gi Nilai. aku dah dalam bas. tapi driver bas dah start undur. aku rasa nak suh driver tunggu jap dan turun jerit panggil dia.

"THIS BUS IS GOING TO NILAI! HOP ON!"

was playing in my mind.

tapi. tapi. aku lambat. reaction aku memang lambat. lambat bertindak. haha...

kesian grandpa tu. i can only pray there's another bus coming shortly and he arrived safely.

at least kalau tolong dia leh gak sembang2 dengan dia. aku pun sesorang.