Followers

Friday, April 3, 2015

morphogenetic


kekadang aku rasa memang wujudnya satu medan telepati yang dipanggil morphogenetic field. apa itu morphogenetic field?

aku mula diperkenalkan dengan terma ini melalui game 3DS. 999.

senang cerita, teori ini (hipotesis mungkin) mengatakan terdapat satu medan yang menghubungkan kita semua tanpa kita sedari. sungguhpun jauh kita berada. macam wireless. kita nampak tak? tak kan? tapi bagaimana boleh menghubungkan antara peranti dengan peranti?

mungkin pseudoscience.

yang menarik ia mampu terangkan perkara misteri seperti telepati dan precognition.


sungguh aneh sebenarnya.

bagi aku, ia teori yang menarik. pernah tak kau rindu seseorang kemudian dalam masa yang sama, tetiba dia muncul? atau kau stare dekat dia punya gambar ke profile wechat ke whatsapp ke fesbuk ke....tetiba dia call? or mesej? sedangkan dia dah lama tak berbuat demikian? sedangkan kau dah lama tak keep in touch dengan dia?

funny.

where does that come from?

i mean, how come things happen at same time?

how did the other party know you're thinking about them?

banyak contoh lain lagi. tapi antara kisahnya seperti yang aku canangkan di atas.

i guess when you like someone, when you created a bond with them, when you made a connection..

it's when the morphogenetic resonance was made.

wujudnya satu pertalian yang kita tak nampak antara kedua-dua individu tersebut.

red thread.

contoh lain pulak.. intuisi.

where does intuition come from anyway?

is it really from experience?

sebagai INTP, aku akui aku punyai intuisi yang kuat.

it's what getting me through exams..or personal choices.

bukan nak brag, kekadang, bila jawab exam aku tak studi pun benda tu. but i just know. this is supposed to be the answer. inilah mungkin yang sesetengah pelajar lain dok jeles. pelajar yang mana tak nampak macam study hard, tetapi tetiba skor.

benda ni bukan jadi kat aku je, ramai jugak orang lain.

selalu juga kita tengok drama detektif...serius, mana detektif tu boleh fikir benda-benda tu semua?

banyak lagi benda kita tak tahu pasal ilmu alam ini.

ilmu alam ini sangat luas. we don't know everything..

Allah Maha Mengetahui.

..just think. kisah Israk Mikraj..kisah Ashabul Kahfi..

what are they?

aku tak rasa sains sekarang dapat terangkan semua tu.

mungkin teori relativiti Albert Einstein boleh guna pakai.

so, kesimpulannya di sini..banyak lagi kita tak tahu. kita hanya manusia yang lemah. cetek. tapi sangat curious.

ilmu itu semua kita belajar atas sebab Allah yang izinkan.

kalau tak bodoh je manusia ni. jadi jangan takbur dan anggap kau tahu semua benda!

ehhh melalut.

aku nak ajak hampa berfikir je sebenarnya.

and gets amazed with life.

hehe.