Followers

Thursday, December 9, 2010

chanz's 2010 Top 30 Music Best Part I

I own a last.fm account. I think many people did not know about this wonderful website. Well, if you love listening to music, you should have a last.fm account too.

In short, last.fm is a web music. It saves your music history of what you have been listening to. Last.fm also lets you discover new music you like, based on the music you already listen to. After lurking there & seeing my music history, I decide to post something here.

--------------------------------------------

It's December of 2010. I think I am going to summarize a little bit of what have I been listened to; new bands, artists and albums which had been introduced to me this year, 2010. It will be categorized into Malay/Indo, Nasyid, English, Japanese/Anime & Soundtracks. Bear in mind, there is no winner or number 1. This is just a summary of my 2010 music history.

Disebabkan lagu-lagu di bawah ini kebanyakan berbahasa Melayu, maka aku guna bahasa ibunda untuk reviu.


Malay/Indo

1) 6ixth Sense - Haruskah

6ixth Sense kembali dengan album baru +-x/. Antara kesemua lagu dalam album tersebut, lagu Haruskah adalah yang terbaik kerana permulaan lagu lain dari lain. Bukan suara Adi rasanya?

2) Fiq - Manifestasi Cinta (feat Mirwana)
Lagu ini lah yang membuatkan aku kembali mendengar radio - Hot.fm. Morning krew juga antara sebab aku dengar hot.fm on the way nak pergi praktikal di Hospital Seberang Jaya.

3) Bunkface - Soldier
Bunkface mula mendapat tempat di hati aku tahun ini. Mungkin setelah mereka keluarkan album yang betul - Phobia Phoney. Well, sebelum ini mereka asyik dengan dunia indie je. Dalam album, lagu Soldier menarik perhatian sebab ia bertema berat iaitu membincangkan situasi dunia dan peperangan. Dan senang untuk aku nak nyanyi juga.

4) Wali - Harga Diriku

Wali juga antara band yang aku dengar ketika hendak ke Hospital Seberang Jaya. Jadi ia antara band aku mulai suka tahun ini. Dalam album Cari Jodoh, lagu Harga Diriku lebih mendapat tempat kerana ia lebih...sayu.


5) Aizat - Emotions
Kalau hendak mencari pemenang bagi kategori ini, lagu ini adalah pemenangnya. Serius cakap, lagu ini bukan seperti lagu-lagu biasa yang ada kat Malaysia ini. Ada unsur Radiohead serta sangat-sangat romantikus. Terbaik~ Bila nak pasang kat radio?




Nasyid

6) Maher Zain - Insha Allah
Rasanya semua orang dah kenal beliau. Sejak beliau datang ke Malaysia, tetiba Maher Zain menjadi fenomena. Walaupun aku dah kenal beliau lebih awal. Jujur diakui, lagu ini membuatkan aku berfikir dan berubah menjadi lebih baik.

7) UNIC - Bicara Tentang Cinta
Oh. Lagu ini sangat romantik. Sama seperti Emotions. Walaupun agak terlewat aku menyedari ke'best'an lagu ini. Dah lama aku dengar album Langkah Tercipta ni, akan tetapi, sekarang baru aku layan lagu ini~

8) Inteam - Hanya Takdir
Antara album terbaik tahun ini, Allahu Rabbi. Menang anugerah AIM bebaru ini. Hanya Takdir berjaya masuk dalam carta ini kerana ia berjaya membuatkan aku berasa sayu dan sedih dengan situasi Palestin.


9) Rabbani - Mahabbah
Setelah pemergian Allahyarham Ustaz Asri, aku menyangka Rabbani mungkin akan merudum sedikit. Seperti yang berlaku pada Raihan. Akan tetapi, jangkaan meleset. Album Mahabbah sangat refreshing. Vokal Zulkiflee Azman mantap sekali. Lagu ini memupuk kecintaan kepada Sang Pencipta.

10) Mirwana - Andaiku Pergi (Retro Version)
Ramai yang menganggap Mirwana terlalu pop. Tidak berimej dakwah. Tidak bagi aku. Apa yang penting adalah lirik dan mesej yang ingin disampaikan. Mesej mereka berjaya sampai kat aku, so..layan~ Lagu ini teringat pada kisah Luffy & Ace.



Soundtracks

11) Akira Senju - Happiness ~Requiem from "The Blind Alchemist"~
Soundtrack/runut bunyi dari anime Fullmetal Alchemist Brotherhood ini berjaya memperoleh perhatian aku. Setelah dengar berkali-kali album OST 1, track ke28 ini masih berjaya mengekalkan rasa emosi aku terhadap anime ini. Track ini digunakan dalam OVA - The Blind Alchemist.


12) Taniuchi Hideuki & Yoshihisa Hirano - Senritsu
Dari album Death Note Original Soundtrack I, senritsu membawa maksud melodi. Lagu ini membuatkan aku terlayan-layan dan rasa macam main gitar pun ada. Walaupun tak pernah main. lulz

13) Takami Yu - JIN-仁- Main Title
Dari jdrama JIN, yang merupakan salah satu drama yang sangat tearjerker bagi aku. Drama ini menang banyak award. Selain itu, sangat informatif. Baik dari segi medikal mahupun sejarah Jepun. Track ini digunakan sebagai intro title jdrama tersebut.

14) Hans Zimmer - Maestro
Pertama kali dengar melalui jdrama Sunao ni Narenakute. Kemudian, baru mendapat tahu asal lagu ini adalah dari filem romantik - The Holiday. Lagu ini digunakan dengan baik sekali dalam kedua-dua cerita.

15) Sawano Hiroyuki - Unicorn
BGM untuk anime Gundam terbaru - Gundam Unicorn OVA. Pertama kali dengar ketika menonton anime tersebut, aku dah dapat teka Sawano Hiroyuki yang compose. Sawano Hiroyuki adalah antara komposer yang aku suka. Soundtracks untuk Maou, Iryu dan Triangle juga beliau yang hasilkan.


Next no.16-30 will be continued on Part II: English & Japanese/Anime. It will be written in English.

P/S: This idea comes from din's HYLI chart. He did it monthly and frequently updated it. Looks interesting~ :P


TQ. Noted by,
7:28 pm, 09/12/10
chanz

6 comments:

  1. @nisah - haha. excited lak. tq2

    @uteh - saja bg saspens..haha actlly rs cm byk sgt letak 30 dlm satu page~

    ReplyDelete
  2. bicara tentang cinta? best eh..nk donlod la t

    ReplyDelete
  3. carta @ (un)certainty.blogspot.
    tahniah2

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)