Followers

Monday, January 3, 2011

Feel So Much Like A Perantau

Hari ini baru aku isi logbook! haha

Last week, first day dah naik ward. Pusing satu hospital pulak tu! Apakah..As a result, aku demam! yay. So last week apa pun aku tak buat. Selasa aku demam, malam tu baru amek MC dua hari then Jumaat cuti umum sempena Malaysia johan AFF Suzuki 2010. Sangat bahagia last week. Ada MC okay~ hehe


Pagi ni, pergi join Cik Jun ke Klinik Obesiti. Jadi pencatat maklumat Tanita pt. Dan juga pemerhati dari tepi. Meriah betul bilik klinik ni. Penuh dengan doktor surgikal, physio, nurse lagi.. Kesian pulak aku tengok pt yang obese2 ni. huhu.. Tambah lagi yang dah buat surgeri bariatrik tapi takde efek yang begitu memberangsangkan. Kebanyakan yang post-op turun dalam 30kg. Yang kurang 15kg je kira result kurengg ar. Oh btw, HPTG ni antara hospital di Malaysia yang buat surgeri bariatrik ni okay! tak banyak hospital yang wat benda ni. Get this fact my diet colleague!! hehe


Hari ni jugak baru start isi logbook. Cik Jun dengan selamba nya suh aku handle case. Ha..plan lah feeding. Haiyah.. Plan Peptamen, Nutren Diabetik, Ensure. Entah kenapa mesti kena tambah Myotein setiap feeding. Dapat 4 orang patient. Yay! Isi logbook. Cik Jun cakap previous Kolu & the geng isi punya banyak sampai kena fotostat. Huh. Kena celen ar!


Malam, pergi solat Maghrib kat Masjid Taiping. Then pergi makan sorang-sorang kat gerai depan masjid. Chan rehat kat bilik tido. Dia dah beli makanan siap-siap. Berjalan-jalan di bandar Taiping membuatkan aku rasa begitu lonli!! Sedihnya daku..


Apatah lagi ketika tengah makan nasi goreng pataya (seb bek ada sup) + limau suam, aku terkenang lagu YUI - TOKYO. Lagu tentang kisah YUI memulakan journey ke Tokyo membina kariernya. Sangat...sangat....sayu. Kerisauan tentang masa hadapan di Tokyo.




Her namida falling..the left eye...

Nah tengok sedikit liriknya.

Tsuyogari wa itsu datte yume ni tsuzuiteru
Okubyou ni nattara soko de togireru yo

When I pretend to be strong, it always leads to dreams
When I let myself be cowardly, they stop

Hashiridashita densha no naka
Sukoshi dake nakete kita

As the train began to move
I cried a little

Mado no soto ni tsuzuiteru kono machi wa
Kawaranaide to negatta

I prayed that the road that spread out outside the window
Wouldn’t change

Tadashii koto bakari erabenai
Sore kurai wakatteru

I can’t only choose the right things
That much I know

Terasa sangat diri ini adalah perantau di Bumi asing. cewah. padahal bukan jauh sangat rumah. hey, aku tak biasa dengan Taiping okay.


Sekian saya melaporkan minggu kedua saya berpraktikal di HPTG aka Hospital Taiping. TQ!! Kesimpulan entri ini adalah, YUI sangat best! dan kawaii! x3


P/S: Entri ini telah diedit sebanyak dua kali kerana baru teringat poin penting. lulz


Noted by,
9:34 pm, 03/01/11
chanz

6 comments:

  1. lonli???
    ahahahaha, siannya dia.......

    p/s: nape kali ni x translate BM??

    ReplyDelete
  2. ko lonli ke?
    haha..
    tp aku pn lonli gak even duk kat cni..
    T___T

    ReplyDelete
  3. baru kat taiping tu..
    belum lagi merantau kat jepun

    ReplyDelete
  4. @dA - itulah BM!

    @nisah - huhu

    @lea - japan kalo aku amek engin konfom ramai laki. ramai geng! sains kesihatan??

    ReplyDelete
  5. kesian ko..

    pasni buat single tajuk 'taiping' lak.pasti sukses nanti!

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)