Followers

Thursday, January 13, 2011

Maafkan Saya

Hai. Assalamualaikum. Nama saya Datuk NS. Saya nak buat sedikit pengakuan hari ini. Sila dengar dengan hati yang ikhlas dan minda terbuka. Jangan terlalu menghukum.


Pertama kali, saya hendak minta maaf. Saya ini penipu. Saya seorang yang tamak. Saya juga gila gelaran. Saya nak jadi VIP. Sebab tu la saya beli gelaran Datuk. Murah je. RM250,000 je. Aset saya berjuta-juta, apa risau 250K. Kalau saya dapat Datuk, senanglah nanti saya nak dapat kontrak. Hehe. Saya guna material murah-murah je. Tak ikut spesifikasi pun. Peduli apa saya. Janji saya untung.


Selain itu, saya juga akan dihormati oleh orang ramai. Dan juga dipandang tinggi. WOW. Kata orang. Datuk wei nak lalu, bagi laluan!!! Best, kan?


"Datuk Nama Saya". Sedap kan bila nama saya ada datuk kat depan. Walaupun saya bukan ada cucu lagi. Alah, itu pelakon Bollywood pun dapat gelaran Datuk. Dia pun takde cucu lagi. Rilek ar. Mana ada saya tua. Saya muda je. Baru 45 tahun. Duda pulak tu. Anak pun takde. Haih...Nak kena cari ratu cantik Lubnan lah jadi bini.


Lagi, jadi Datuk, saya jadi glamorlah. Sekarang kan semua orang nak glamor. Populariti tu penting tahu. Boleh naikkan imej. Senanglah saya nak mengorat awek-awek dan isteri orang. Hehe.


Hei hei, apa awak cakap? Saya seorang yang jahat? Tolong sikit. Saya cari duit, jadi kaya, banglo mewah, kereta besar semua dengan titik peluh sendiri tahu! Tak ada kacau orang lain pun. Saya tak merompak ke mencuri ke. Saya sangat pemurah tahu. Siapa yang bagi projek kat saya konfem saya akan bagi hadiah kat dia. Hiburan lah sikit, kan. Kalau dia nak awek, saya kasi la awek. Ada yang jenis pemalu sikit, takpe saya slow-slow bagi hamper dulu. Lama-lama dia suka jugak. Hehe.


Saya juga selalu menderma tahu. Kat tabung pesakit HIV/AIDS. Saya rasa sangat bersalah sebenarnya kat pesakit-pesakit ni. Ye lah, ada antara mereka yang pernah berkhidmat untuk saya. Menggembirakan hati saya. Sanggup korbankan kehendak suami demi saya. Haih. Kesian mereka.


Saya tulis ini untuk saya paparkan apabila saya berumur tua. Saya nak bertaubat bila saya dah tua. Nanti bila dah tua, saya mudah lupa. So saya tulis siap-siap dalam blog, saya automatikkan publish pada tarikh 30 tahun akan datang. Harap-harap ada orang baca dan ingatkan saya lah. Tolong ingatkan aku bak kata Ana Raffali tu. Saya suka Ana. Hmm...hehehee..


P/S: Jom dengar "Far East - Aman" & "Algebra - Aku Bukan Musuh Harta".

P/S 2: Sesapa yang tak tahu apa yang aku katakan ni, cuba baca neh. hehe..


Noted by,
13:01pm, 13/01/41
 chanz Datuk NS

4 comments:

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)