Followers

Friday, January 28, 2011

Reviu Merepek: The Green Hornet

Mula-mula sekali nak cakap, ini aku punya pengalaman pertama tengok wayang dengan 3D!

Serius bilang, for a first impression of 3D, I did not like it at all! Apa yang best? Kalo setakat boleh tengok muka orang besar-besar, timbul, macam real, macam dia tengah cakap kat kita TAPI yang tak ada efek 3D kat belakang jadi blur. Wadehel?

Gua lebih prefer no 3D tapi gua dapat tengok sumer benda dengan clear. Kalo kat belakang blur, baek tak payah prop, background sumer, hanya ada pelakon dengan bankgroundless. Cehh



Aku tak nak citer panjang la pasal reviu ni. Aku akan cuba make it short.

Jalan cerita/Plot: Alahai. Jalan citer sangat simple. Tak ada apa yang baru pun. Tipikal. Cliche. Biasa. Pick your words. Citer dia pasal si anak orang kaya ni, Britt Reid, yang ada prob sikit dengan bapa dia, James Reid, owner sebuah company surat khabar terkemuka. So dia hidup membesar dengan spoil bersuka ria sampai la bapa dia meninggal suatu hari..

Scene paling cliche adalah masa si Britt ni kecik, bapa dia ada marah marah Britt sebab bergaduh kat sekolah pahtu bapa dia patahkan kepala patung superhero budak tu. Adeh..derrp.

Lakonan: Lakonan overall okay. Cameron Diaz still hot. Jay Chou, entah napa nampak tua, berlainan dengan kali terakhir aku tengok dia dalam filem Kung Fu Dunk [2008]. Tom Wilkinson, berlakon sebagai James Reid, okay jugak. Walaupun tak banyak role. Sebelum ini aku tengok beliau dalam citer Valkyrie, memang bez. Cuma si watak utama Seth Rogen je, lakonan agak cliche lah. Typical superheroes character. Budak ni badan besar, pahtu ada gigi incisor yang unik! ahak

Music: Tak ada music BGM yang memberikan impak pada aku. Selain lagu yang depa nyanyi dalam kereta tu. TAPI spoil sebab sekerat je pasang. Tak silap aku tu lagu Coolio - Gangsta's Paradise.


Prop
: Rasanya ni je yang buatkan aku impress. Alat-alat agak power. Kereta pun hebat. Macam tank. Ada missile sumer. Kostum ala-ala Shanghai. BUT where have I seen this before?

Overall: Secara keseluruhannya, citer ni average sahaja. It's just another typical superhero movie. 4.3/10 from me!

---------------------------------------

Citer ni actually dah lama. Ada TV Series tahun 1967 di mana Bruce Lee yang jadi Kato. Tapi disebabkan aku tak pernah tengok pun citer ni, so aku komen hanya dari sudut pandangan seorang penonton biasa!

P/S: Srsly, not worth it a 3D movie. RM 17 just for that? Fortunately, someone belanja me last nite! :P


Noted by,
3:30pm, 28/01/41
chanz

3 comments:

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)