Followers

Sunday, January 9, 2011

Takut

Tiba waktu tengahari ketika matahari sedang terik, Wani akan pergi bersiar-siar. Seorang diri. Wani memang suka menyendiri apabila tiba waktu petang. Seperti biasa, Wani akan pergi melepak atas kerusi, diperbuat dari batu. Cuba menyegarkan minda dan memanaskan badan di samping menghirup udara segar.


Malang bagi Wani hari ini, hujan sangat lebat. Air sungai pun dilihatnya naik pasang. Wani jadi takut. Tidak pernah Wani alami perkara sebegini sebelum ini. Wani blur mana arah tuju nak pergi..





---------------------------------------------

Di satu sudut lain, terdapat sekumpulan penduduk kampung kecoh. Mereka nampak benda yang sangat menakutkan! Gelabah lah penduduk kampung tersebut.



"Gila la wey. Nak watpe ni. Bahaya nih! Mampus kite."

"Aku tak tau.. Aku takut.."


"Panggil ar pihak yang bertanggungjawab. Jap jap aku call no keramat ni"


"Haa tepon tepon.."

---------------------------------------------

 

Wani tak pasti dia berada di mana. Macam pernah dia lepak tempat ini. Tetapi Wani rasa sangat pelik. Persekitarannya nampak lain. Wani sangat takut. Resah. Gelisah. Akhirnya Wani tertidur...


Sehinggalah..tanpa disedari kepala Wani telah dicekup dengan plastik hitam! Wani meronta-ronta. Cuba melepaskan cekupan dengan memusing-musing kepala. Cuba gigit. Akhirnya plastik itu koyak. Dan.. barulah Wani perasan dirinya dikelilingi begitu ramai orang! Wani tertanya-tanya apakah salahnya? Nak lepak sat pun tak boleh ke? Takleh jadi ni, kang tak pasal-pasal aku dicabul.


Wani meronta-ronta lagi, cuba hendak mengalahkan lawannya. Namun, tetiba Wani rasa sangat lembik. Wani ditindih oleh 3 orang lelaki. Dipijak-pijak. Wani mengantuk. Nampaknya dia sudah dibius. Wani tertidur....dengan perasaan penuh ketakutan, sedih dan berkecamuk.. Habislah sudah maruah dan tubuh nya..




-----------------------------------------------

Esoknya, keluar berita di TiviTiga akan kisah tergempar di salah sebuah kampung di Kuantan. Wartawan TiviTiga tersebut, Phang Chiin Fey menginterviu seorang janda beranak lima yang terserempak dengan benda menakutkan di tepi jalan.


"Tadi saya jalan-jalan dengan anak kecil saya umur 1 tahun, tetiba saya ternampak satu benda macam kayu, tapi sangat besar. Anak saya yang berumur satu tahun tu yang baru reti nak jalan boleh pulak pergi kat batu tu. Lagipun, biasa la, saya ni kan manusia mesti kurius nak tahu apa benda. Ingatkan kayu...rupa-rupanya.....*****!!!Takuttt!!!"

------------------------------------------------

Wani terbangun dari tidur. Terasa bergerak-gerak. Mungkin aku berada dalam kenderaan. Ke mana lah mereka hendak membawa aku ni..Wani sangat takut dan risau..Pintu dibuka. Dan Wani nampak..SUNGAI! Yeah. Tempat asal Wani lepak. Syukur alhamdulillah..



"Hah pergi ar balik tempat tinggal ko tu. Jalan, jalan..ish.."

"Pandai-pandai la buaya tu jalan..dah jom jom balik."

:P







P/S: Ini punya kisah merujuk pada berita semalam kat Kuantan. hahak. Sapa tengok video depa tengah nak tangkap natey ni faham la citer ni. Takpun cek sini.

P/S: Wani is Nihon for..this takut thing.



Noted by,
11:56 pm, 08/01/11
chanz