Followers

Thursday, March 10, 2011

Saya Rasa Saya Nak Jadi Translator/Editor

Sepanjang bergelar pelajar Dietetik di USM Kubang Kerian, selalu aku dapat permintaan dari kawan-kawan, dan juga staff nurse.

Mereka suruh aku tolong terjemahkan English ke Malay, Malay ke English, Malay/English ke Japanese tugasan mereka. Survei. Buku.

Ada juga yang minta aku semak tugasan tesis. Semak tatabahasa. Jadi editor la pulak. Quality checker!

Aku pun taktau la kenapa depa minta aku buat.

My English is only average. Mungkin la better sikit dari orang lain. (cewah merendah diri)


my future employer maybe?


Berapa buku dah aku translate? Baru 3 je. Takde la tebal. Dalam ~200 page setiap buku. Semua pasal nursing. Sebab yang minta tu adalah staff nurse yang sedang menyambung pengajian ijazah kat Open University. Semuanya aku buat masa second year. I really had fun that time. Bila kita cuba terjemah, kita juga belajar benda baru. Ilmu baru. Perkataan baru.

Sebenarnya, masa third year, ada gak beliau suruh aku buat lagi. Tapi disebabkan kesibukan klinikal yang macam hampeh, aku terpaksa menolak...huhuu

Tapi, aku taktau camna agaknya kerjaya ni. Selalu kerja ni kerja sambilan. Macam photographer, painter, etc etc. Berapa gaji? Kelayakannya? Kena belajar linguistik ke? Aku hanya dengar dari ayah aku ada anak kawannya kerja translator ni. Grad dari apa ntah...engineering kot..Tapi beliau tu memang belaja bahasa asing betul-betul la. Aku belaja Jepun pun sekerat je. Duhh..

Praktikal tak idea aku ni?

Aku malas nak sambung Master, kalo sambung kena buat research la apa la. Coursework mana mau carik?

Apa yang pasti, being a dietitian is my last resort! zzzzz


Noted by,
11:31am, 10/03/11
chanz