Followers

Friday, January 28, 2011

Reviu Merepek: The Green Hornet

Mula-mula sekali nak cakap, ini aku punya pengalaman pertama tengok wayang dengan 3D!

Serius bilang, for a first impression of 3D, I did not like it at all! Apa yang best? Kalo setakat boleh tengok muka orang besar-besar, timbul, macam real, macam dia tengah cakap kat kita TAPI yang tak ada efek 3D kat belakang jadi blur. Wadehel?

Gua lebih prefer no 3D tapi gua dapat tengok sumer benda dengan clear. Kalo kat belakang blur, baek tak payah prop, background sumer, hanya ada pelakon dengan bankgroundless. Cehh



Aku tak nak citer panjang la pasal reviu ni. Aku akan cuba make it short.

Jalan cerita/Plot: Alahai. Jalan citer sangat simple. Tak ada apa yang baru pun. Tipikal. Cliche. Biasa. Pick your words. Citer dia pasal si anak orang kaya ni, Britt Reid, yang ada prob sikit dengan bapa dia, James Reid, owner sebuah company surat khabar terkemuka. So dia hidup membesar dengan spoil bersuka ria sampai la bapa dia meninggal suatu hari..

Scene paling cliche adalah masa si Britt ni kecik, bapa dia ada marah marah Britt sebab bergaduh kat sekolah pahtu bapa dia patahkan kepala patung superhero budak tu. Adeh..derrp.

Lakonan: Lakonan overall okay. Cameron Diaz still hot. Jay Chou, entah napa nampak tua, berlainan dengan kali terakhir aku tengok dia dalam filem Kung Fu Dunk [2008]. Tom Wilkinson, berlakon sebagai James Reid, okay jugak. Walaupun tak banyak role. Sebelum ini aku tengok beliau dalam citer Valkyrie, memang bez. Cuma si watak utama Seth Rogen je, lakonan agak cliche lah. Typical superheroes character. Budak ni badan besar, pahtu ada gigi incisor yang unik! ahak

Music: Tak ada music BGM yang memberikan impak pada aku. Selain lagu yang depa nyanyi dalam kereta tu. TAPI spoil sebab sekerat je pasang. Tak silap aku tu lagu Coolio - Gangsta's Paradise.


Prop
: Rasanya ni je yang buatkan aku impress. Alat-alat agak power. Kereta pun hebat. Macam tank. Ada missile sumer. Kostum ala-ala Shanghai. BUT where have I seen this before?

Overall: Secara keseluruhannya, citer ni average sahaja. It's just another typical superhero movie. 4.3/10 from me!

---------------------------------------

Citer ni actually dah lama. Ada TV Series tahun 1967 di mana Bruce Lee yang jadi Kato. Tapi disebabkan aku tak pernah tengok pun citer ni, so aku komen hanya dari sudut pandangan seorang penonton biasa!

P/S: Srsly, not worth it a 3D movie. RM 17 just for that? Fortunately, someone belanja me last nite! :P


Noted by,
3:30pm, 28/01/41
chanz

Thursday, January 27, 2011

Kami Nak Mendidik Keusahawanan Sejak Kecil


Dunia ini penuh dengan orang tamak. Gilakan harta.

Kanak-kanak juga yang menjadi mangsa.

Kononnya melentur buluh dari rebungnya. Berniaga! Usahawan beb~

Huhu. Whatever.




Akhirnya aku mendapat jawapan merujuk pada entri aku: Mengapa Mereka Memanipulasi Kanak-Kanak.

Petikan dari utusan hari ini 27hb Januari 2011:

Kumpulan berkenaan menempatkan lebih 83 remaja berusia antara 10 hingga 18 tahun dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak sekian lama dan mengeksploitasi mereka atas alasan ia kurikulum berkonsepkan keusahawanan.

Sumber: utusan

Kalaupun nak didik menjadi usahawan, bukan begitu caranya sampai mereka tak diberikan pendidikan.

Itu sahaja.

P/S: Entri aku kebelakangan ini banyak pasal berita-berita yang berlaku di sekeliling kita. Rasanya aku boleh join beritasemasa.com ar.

Noted by,
10:06am, 27/01/41
chanz

Friday, January 21, 2011

Tunisian Rakyat FTW!

Bravo untuk rakyat marhaen dan luar marhaen Tunisia yang begitu berani berjuang demi keadilan dan hak rakyat.




Pic from reuters

Buat mereka yang noob & tak tahu apa benda aku cakap ni, boleh baca kupasan dari beritasemasa.com


To all rakyat in the world, I present you this song, Uprising by Muse. Justice will prevail!

"Rise up and take the power back, it's time that
The fat cats had a heart attack, you know that
Their time is coming to an end
We have to unify and watch our flag ascend

They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious"


P/S: Lucky our bik mama lupa daratan (famili)?? err..


Noted by,
21:51pm, 21/01/11
chanz

Thursday, January 13, 2011

Maafkan Saya

Hai. Assalamualaikum. Nama saya Datuk NS. Saya nak buat sedikit pengakuan hari ini. Sila dengar dengan hati yang ikhlas dan minda terbuka. Jangan terlalu menghukum.


Pertama kali, saya hendak minta maaf. Saya ini penipu. Saya seorang yang tamak. Saya juga gila gelaran. Saya nak jadi VIP. Sebab tu la saya beli gelaran Datuk. Murah je. RM250,000 je. Aset saya berjuta-juta, apa risau 250K. Kalau saya dapat Datuk, senanglah nanti saya nak dapat kontrak. Hehe. Saya guna material murah-murah je. Tak ikut spesifikasi pun. Peduli apa saya. Janji saya untung.


Selain itu, saya juga akan dihormati oleh orang ramai. Dan juga dipandang tinggi. WOW. Kata orang. Datuk wei nak lalu, bagi laluan!!! Best, kan?


"Datuk Nama Saya". Sedap kan bila nama saya ada datuk kat depan. Walaupun saya bukan ada cucu lagi. Alah, itu pelakon Bollywood pun dapat gelaran Datuk. Dia pun takde cucu lagi. Rilek ar. Mana ada saya tua. Saya muda je. Baru 45 tahun. Duda pulak tu. Anak pun takde. Haih...Nak kena cari ratu cantik Lubnan lah jadi bini.


Lagi, jadi Datuk, saya jadi glamorlah. Sekarang kan semua orang nak glamor. Populariti tu penting tahu. Boleh naikkan imej. Senanglah saya nak mengorat awek-awek dan isteri orang. Hehe.


Hei hei, apa awak cakap? Saya seorang yang jahat? Tolong sikit. Saya cari duit, jadi kaya, banglo mewah, kereta besar semua dengan titik peluh sendiri tahu! Tak ada kacau orang lain pun. Saya tak merompak ke mencuri ke. Saya sangat pemurah tahu. Siapa yang bagi projek kat saya konfem saya akan bagi hadiah kat dia. Hiburan lah sikit, kan. Kalau dia nak awek, saya kasi la awek. Ada yang jenis pemalu sikit, takpe saya slow-slow bagi hamper dulu. Lama-lama dia suka jugak. Hehe.


Saya juga selalu menderma tahu. Kat tabung pesakit HIV/AIDS. Saya rasa sangat bersalah sebenarnya kat pesakit-pesakit ni. Ye lah, ada antara mereka yang pernah berkhidmat untuk saya. Menggembirakan hati saya. Sanggup korbankan kehendak suami demi saya. Haih. Kesian mereka.


Saya tulis ini untuk saya paparkan apabila saya berumur tua. Saya nak bertaubat bila saya dah tua. Nanti bila dah tua, saya mudah lupa. So saya tulis siap-siap dalam blog, saya automatikkan publish pada tarikh 30 tahun akan datang. Harap-harap ada orang baca dan ingatkan saya lah. Tolong ingatkan aku bak kata Ana Raffali tu. Saya suka Ana. Hmm...hehehee..


P/S: Jom dengar "Far East - Aman" & "Algebra - Aku Bukan Musuh Harta".

P/S 2: Sesapa yang tak tahu apa yang aku katakan ni, cuba baca neh. hehe..


Noted by,
13:01pm, 13/01/41
 chanz Datuk NS

Sunday, January 9, 2011

Gitah!!


Guitar. Gitar.









Ada macam-macam gitar.





Salah satu instrumen muzik. Nampak biasa je. Tak menarik pun.



Tapi apabila ia dimainkan oleh..




YUI~~





 
Ana Raffali~






Yui from anime K-On!




wik wik wik~~ <3.

:P





Oh I am not forgetting the boys~



Aizat





Matthew Bellamy (Muse)


Now you see gitar sangat best!!!! They all look so cool! Do want one~ :D


P/S: I'm rooting for Ana Raffali for tonight's AJL 25!!


Noted by,
11:18 pm, 08/01/11
chanz

Takut

Tiba waktu tengahari ketika matahari sedang terik, Wani akan pergi bersiar-siar. Seorang diri. Wani memang suka menyendiri apabila tiba waktu petang. Seperti biasa, Wani akan pergi melepak atas kerusi, diperbuat dari batu. Cuba menyegarkan minda dan memanaskan badan di samping menghirup udara segar.


Malang bagi Wani hari ini, hujan sangat lebat. Air sungai pun dilihatnya naik pasang. Wani jadi takut. Tidak pernah Wani alami perkara sebegini sebelum ini. Wani blur mana arah tuju nak pergi..





---------------------------------------------

Di satu sudut lain, terdapat sekumpulan penduduk kampung kecoh. Mereka nampak benda yang sangat menakutkan! Gelabah lah penduduk kampung tersebut.



"Gila la wey. Nak watpe ni. Bahaya nih! Mampus kite."

"Aku tak tau.. Aku takut.."


"Panggil ar pihak yang bertanggungjawab. Jap jap aku call no keramat ni"


"Haa tepon tepon.."

---------------------------------------------

 

Wani tak pasti dia berada di mana. Macam pernah dia lepak tempat ini. Tetapi Wani rasa sangat pelik. Persekitarannya nampak lain. Wani sangat takut. Resah. Gelisah. Akhirnya Wani tertidur...


Sehinggalah..tanpa disedari kepala Wani telah dicekup dengan plastik hitam! Wani meronta-ronta. Cuba melepaskan cekupan dengan memusing-musing kepala. Cuba gigit. Akhirnya plastik itu koyak. Dan.. barulah Wani perasan dirinya dikelilingi begitu ramai orang! Wani tertanya-tanya apakah salahnya? Nak lepak sat pun tak boleh ke? Takleh jadi ni, kang tak pasal-pasal aku dicabul.


Wani meronta-ronta lagi, cuba hendak mengalahkan lawannya. Namun, tetiba Wani rasa sangat lembik. Wani ditindih oleh 3 orang lelaki. Dipijak-pijak. Wani mengantuk. Nampaknya dia sudah dibius. Wani tertidur....dengan perasaan penuh ketakutan, sedih dan berkecamuk.. Habislah sudah maruah dan tubuh nya..




-----------------------------------------------

Esoknya, keluar berita di TiviTiga akan kisah tergempar di salah sebuah kampung di Kuantan. Wartawan TiviTiga tersebut, Phang Chiin Fey menginterviu seorang janda beranak lima yang terserempak dengan benda menakutkan di tepi jalan.


"Tadi saya jalan-jalan dengan anak kecil saya umur 1 tahun, tetiba saya ternampak satu benda macam kayu, tapi sangat besar. Anak saya yang berumur satu tahun tu yang baru reti nak jalan boleh pulak pergi kat batu tu. Lagipun, biasa la, saya ni kan manusia mesti kurius nak tahu apa benda. Ingatkan kayu...rupa-rupanya.....*****!!!Takuttt!!!"

------------------------------------------------

Wani terbangun dari tidur. Terasa bergerak-gerak. Mungkin aku berada dalam kenderaan. Ke mana lah mereka hendak membawa aku ni..Wani sangat takut dan risau..Pintu dibuka. Dan Wani nampak..SUNGAI! Yeah. Tempat asal Wani lepak. Syukur alhamdulillah..



"Hah pergi ar balik tempat tinggal ko tu. Jalan, jalan..ish.."

"Pandai-pandai la buaya tu jalan..dah jom jom balik."

:P







P/S: Ini punya kisah merujuk pada berita semalam kat Kuantan. hahak. Sapa tengok video depa tengah nak tangkap natey ni faham la citer ni. Takpun cek sini.

P/S: Wani is Nihon for..this takut thing.



Noted by,
11:56 pm, 08/01/11
chanz

Thursday, January 6, 2011

Blackbirds Suddenly Fall Off in Arkansas

Blackbirds. Suddenly out of nowhere around 5,000 blackbirds dead and fall off in town of Beebe, Arkansas. Weird world huh? Read the news below.


LITTLE ROCK, Arkansas | Sun Jan 2, 2011 12:16pm EST

LITTLE ROCK, Arkansas (Reuters) - State wildlife officials were going door-to-door on Sunday in the town of Beebe, Arkansas, to collect dead birds after thousands of mostly blackbirds mysteriously fell from the sky.

Workers were searching Beebe, a town of about 4,500 people located 30 miles northeast of the state capital, to collect what officials estimated as between 4,000 and 5,000 birds which began falling from the sky late on New Year's Eve and continued into the next day.

"It could be weather-related or possibly stress-related," said Keith Stephens, a spokesman for the Arkansas Game and Fish Commission. "There were some fireworks shot off at midnight and it is possible that the birds were on their roost and stressed so bad that it could have killed them."

The birds were still being collected from rooftops, trees and yards and will be sent on January 3 to testing facilities in Little Rock and Madison, Wisconsin.

Stephens said hail or lightning in recent days also could have injured the birds but he had seen no physical signs of injuries in the birds so far collected.

High winds and tornadoes struck Arkansas on New Year's Eve, with the hardest hit area more than 150 miles to the west of Beebe.

(Reporting by Eric Johnson. Editng by Peter Bohan)

Source: REUTER | CSMONITOR


One week before, they found dead fishes. Now this.

Any theory? Is this an apocalypse sign? WE ARE NEAR THE 2012 PEOPLE!!!!


lulz.

Better listening to LP's song - Blackbirds. :p

Noted by,
7:14 pm, 06/01/11
chanz

Tuesday, January 4, 2011

Empty Spaces

EMPTY SPACES










Here you go..



























Haha. Nothingness.










Try guessing where is the pic from? :D




P/S: I wonder why would two adult men sitting at gazebo inside the mosque area just to smoke while everyone else are performing their Maghrib prayer berjemaah? haih..


Noted by,
8:09 pm, 04/01/11
chanz

Monday, January 3, 2011

Feel So Much Like A Perantau

Hari ini baru aku isi logbook! haha

Last week, first day dah naik ward. Pusing satu hospital pulak tu! Apakah..As a result, aku demam! yay. So last week apa pun aku tak buat. Selasa aku demam, malam tu baru amek MC dua hari then Jumaat cuti umum sempena Malaysia johan AFF Suzuki 2010. Sangat bahagia last week. Ada MC okay~ hehe


Pagi ni, pergi join Cik Jun ke Klinik Obesiti. Jadi pencatat maklumat Tanita pt. Dan juga pemerhati dari tepi. Meriah betul bilik klinik ni. Penuh dengan doktor surgikal, physio, nurse lagi.. Kesian pulak aku tengok pt yang obese2 ni. huhu.. Tambah lagi yang dah buat surgeri bariatrik tapi takde efek yang begitu memberangsangkan. Kebanyakan yang post-op turun dalam 30kg. Yang kurang 15kg je kira result kurengg ar. Oh btw, HPTG ni antara hospital di Malaysia yang buat surgeri bariatrik ni okay! tak banyak hospital yang wat benda ni. Get this fact my diet colleague!! hehe


Hari ni jugak baru start isi logbook. Cik Jun dengan selamba nya suh aku handle case. Ha..plan lah feeding. Haiyah.. Plan Peptamen, Nutren Diabetik, Ensure. Entah kenapa mesti kena tambah Myotein setiap feeding. Dapat 4 orang patient. Yay! Isi logbook. Cik Jun cakap previous Kolu & the geng isi punya banyak sampai kena fotostat. Huh. Kena celen ar!


Malam, pergi solat Maghrib kat Masjid Taiping. Then pergi makan sorang-sorang kat gerai depan masjid. Chan rehat kat bilik tido. Dia dah beli makanan siap-siap. Berjalan-jalan di bandar Taiping membuatkan aku rasa begitu lonli!! Sedihnya daku..


Apatah lagi ketika tengah makan nasi goreng pataya (seb bek ada sup) + limau suam, aku terkenang lagu YUI - TOKYO. Lagu tentang kisah YUI memulakan journey ke Tokyo membina kariernya. Sangat...sangat....sayu. Kerisauan tentang masa hadapan di Tokyo.




Her namida falling..the left eye...

Nah tengok sedikit liriknya.

Tsuyogari wa itsu datte yume ni tsuzuiteru
Okubyou ni nattara soko de togireru yo

When I pretend to be strong, it always leads to dreams
When I let myself be cowardly, they stop

Hashiridashita densha no naka
Sukoshi dake nakete kita

As the train began to move
I cried a little

Mado no soto ni tsuzuiteru kono machi wa
Kawaranaide to negatta

I prayed that the road that spread out outside the window
Wouldn’t change

Tadashii koto bakari erabenai
Sore kurai wakatteru

I can’t only choose the right things
That much I know

Terasa sangat diri ini adalah perantau di Bumi asing. cewah. padahal bukan jauh sangat rumah. hey, aku tak biasa dengan Taiping okay.


Sekian saya melaporkan minggu kedua saya berpraktikal di HPTG aka Hospital Taiping. TQ!! Kesimpulan entri ini adalah, YUI sangat best! dan kawaii! x3


P/S: Entri ini telah diedit sebanyak dua kali kerana baru teringat poin penting. lulz


Noted by,
9:34 pm, 03/01/11
chanz

Saturday, January 1, 2011

Good-bye days of 2010..

I want to make a 2011 entry too!!! (Memang takde keja budak ni)

Actually, I just listening to YUI's song - Good-bye days. Dunno why...this song just feels right!!

Especially this part:
Oh good-bye days
I feel like things are changing now
So long yesterday and before
I have a clumsy tenderness by my side
La la la la la
~With you

So guys, again I am wishing for myself and you. So long for 2010 and let's welcome new days, 2011 to our life.

Yup. Good-bye days, 2010!! We are going to miss you so much! :)



Let's roll and roll this year...hehe

P/S: This year my birthday got a nice number....err....



TQ. Noted by,
10:24 pm, 01/01/11
chanz

Kenapa Saya Tak Suka Pedas

"Jom makan.."

"Makan apa.."

"Kuew tiow goreng mamak..pedasss punya.."

"Err.."


Aku nak habag mai kat hampa..aku orang Penang. Biasa la makanan pedas. Tapi sekarang aku dah tak suka pedas! Sebab apa? Sebab...okay, kepada budak diet pi belek lecture note Prof Manan sem lepas tak pun buku Understanding Normal & Clinical Nutrition. Tajuk Food Choice - Negative Associations. Yang lain, baca blog ni ja pun takpa boleh paham.


Menurut negative association of food choice tu, orang akan tak suka sesuatu makanan tu disebabkan perkara dulu yang negatif berlaku pada beliau. Contoh ar, masa hampa sakit ka, kena paksa makan ka.. atau masa kecik ka, kena pukul sebab tak makan sayur kaa.haha..somehow hampa akan develop rasa tak suka pada makanan tersebut.

--------------------------------------------------


Merujuk pada kisah aku pulak..Kita flashback balik masa ke tahun 2010 ketika aku berpraktikal di Hospital Seberang Jaya...masa tu praktikal perkhidmatan makanan. Duk dapur. Antara kerja aku adalah, uji rasa! Yeah uji rasa! Makan free! Seminggu ada la 2 3 kali aku menguji rasa. Eh wait. Kadang tiap-tiap ari pun ada! hahahaha


Tapi malang catering officer yang keja situ, yang buat resipi menu tu..suka pedas! Beliau keturunan mamak! First menu kami (dengan cosmate aku sorang) ujirasa adalah breakfast iaitu kuew tiow goreng mamak! Pedas! Banyak cabai! Makan je la kan, lapar kan, free lak tu. Pas makan pahtu gi duk dalam bilik aircond lak. Then tengahari gi makan lagi. Menu apa ntah tapi memang kuah pedas jugak arr. Seharian duk dalam aircond sampai kul 5, pahtu drive balik 40 minit pun berekon. As a result, bieber aku mengelupas. Pedih weh.. Ada la dalam seminggu dua aku tersiksa. Huhu..

-----------------------------------------------------



Itu kisah dulu. Bebaru ni praktikal pulak di Hospital Taiping aku demam! Yap. Baru dua hari prac dah demam! wakaka. Demam aku bermula dengan batuk yang ala-ala tak lepas. Sore throat ar. Pahtu mandi kat umah sewa dengan air yang sejuk + duk kat bilik dietitian berekon. Dapat le URTI...upper respiratory tract infection okay..jangan pikiaq pelik2 pulak..


Aku punya taakulan siapa pesalah menyebabkan aku batuk adalah makanan masa kenduri. Biasa ar cuti kenduri. Aku terpaksa ikut famili aku gi kenduri coz kalo aku tak ikut takdak makanan kat umah! Kenduri kat Penang ni lak lama2 sampai kul 4 5 kan...melepas sampai Kulim, Balik Pulau la.. (Ada gak gi Chemor, Perak ari tu tapi sampai kul 1 lauk dah kureng dah! zzzzz apa la orang Perak)


Masa kenduri macam-macam menu ekstra ada - Cendol, Laksa, Teh Tarik. (hmm baru perasan dah jadi tren banyak kenduri buat menu ni). Cendol & teh tarik no hal..tapi laksa..(laksa penang okay) aku cuba elak. Namun kenduri terakhir aku termakan...coz dah kenyang nasi. Entah macam mana, dia punya kuah tu terasa bahangnya kat tekak aku masa nak hirup kuah dia sambil makan laksa tu.


Tak pasal-pasal aku batuk...dan demam...dan MC dua hari..dan cuti 5 ari...hehehehehhehehehehehheheheheheheh

-----------------------------------------------

Sebab makanan pedas ini sudah beberapa kali menyebabkan aku tak selesa so aku mula membenci mereka...Pedas sambal ja tak suka, kalo yang lada hitam i like~


List makanan yang aku tak berapa suka:
- tomyam
- segala yang bergoreng mamak
- pedas sambal arr


Tapi aku still boleh makan sebenarnya makanan pedas ni, cuma kalo boleh prefer taknak makan!

P/S: Inilah akibatnya kalo bercerita dalam blog...jadi panjang entri. Huhu. Tu yang aku malas bercerita. Haha.

P/S2: OH YEAH. HAPPY NEW YEAR 2011 EVERYONE! :D

TQ. Noted by,
9:21 pm, 01/01/11
chanz