Memula aku tengok citer ni episod 3. Kat tivi. Ye la kan. Baru balik rumah dari universiti. Menjadi NEET. Tengok la tivi yang jarang ditengok tu. Nampak plot cerita macam best. Tajuk pun Juvana. Tapi tak dapat menarik perhatian aku lagi ketika ni. Sebab lakonan dorang aku rasa macam kureng. Macam buat-buat jahat, padahal tak jahat. Especially part main bola tu, macam ada kekurangan je.. Pahtu rasa cam tipikal - watak Cikgu Zakiah yang baik naif amat nak tolong bebudak jahat..
Di saat aku telah melupakan Juvana..cik Fatihah merekomenkan citer ini..
Then si Safwan datang rumah, siap bawa hardisk lagi, dia pun rekomen citer Juvana..
"Juvana best doh.."
Sekali aku tengok episod 1...wah dah cambest. Eh origami the crane? Prison Break! Smart smart..episod 1 memang smart. Baru dapat tengok macam mana Daim dan Black si budak jambu first time jumpa Botak dan Ayam...yang..yap...kali ini aku rasa dorang memang jahat. Lakonan best.
Serius cakap bila tengok episod 1 buatkan aku teringat Prison Break.
Bila tengok kat hujung kredit...baru perasan..
No wonder lah~ Walaupun hanya sebagai penerbit, dia tetap main peranan dalam citer ni.
Lagi tak boleh blah nama-nama watak pelajar Juvana dalam ni. Banyak namanya nama yang biasa kita dengar kot..bagi bebudak sekolah asrama la.
Botak
Ayam
Panjang
Black
Apek
Kicap
Gajah
Komeng
Gaban
Yang aku bold tu kat sekolah aku ada member yang dapat gelaran macam tuu...Hahaha~
Aku taktau sebab apa dapat nama ayam budak tu. Yang member sekolah aku tu, just becoz family dia jual ayam. Botak kita tau la sebab dia botak. Panjang sebab tinggi sangat budak tu. Black, aku rasa main nama ayah dia ar, Hitam. Gajah, sebab badan besar amat. Gaban, maybe adik beradik kamen rider zaman dulu-dulu? Bike rider kan, kaitan dengan mat rempit. Komeng...komeng tu ada kaitan dengan badan sasa dan besar kot? Kicap entah mai mana...haha
Lagi terbaik, bgm (background music) citer ni dipilih dengan baik. Sesuai dengan semua scene. Takde la macam drama-drama rtm yang tak abeh-abeh guna ost 1 litre of tears, naruto dan autumn in my heart.
Lagi satu, mungkin banyak pelakon baru dalam ni, takde la orang bosan asyik tengok pelakon sama. Rasa fresh sikit bila tengok.
Episod terbaik yang aku suka setakat ni adalah episod 4. Kisah Komeng aka Ain dengan mak dia. Nampak macam tipikal dan simple, tapi cara dia sampaikan dan lakonan spastik yang sempoi si retarded dengan lagu bgm nya, memang menusuk kalbu jiwaku. Cewah. Best ar!
Quote:
"Kat sini ada tiga benda ja korang boleh jadi - taiko, balaci, jambu."
"Muka jambu mana boleh jadi taiko...muka jambu jadi jambu laaa"
Sila tengok drama ini setiap Isnin 9 malam di TV3 okay~ Episod terlepas tu pandai-pandai la carik..Ingat aku balaci ko ke nak bagi sumer?? erkkk,
P/S: Baru pasan mamat Beto Kusyairy yang berlakon Cikgu Ariffin dalam citer ni la yang jadi ustaz skema dalam Nur Kasih the Movie!! Yang aku cakap taknak ajar bebudak tu!! wahhaa
bole tahan jugak la cite juvana nih :)
ReplyDeleteJuvana bukan drama tipikal Melayu yang lain~ :)
ReplyDeleteaku pon salah seorg penonton setia juvana..haha..bes2..xdala boring cita dia...
ReplyDeleteadik2 n umi aku sgt suka cter ni..
ReplyDeleteSetuju beb. Gua layan gila cite juvana ni.
ReplyDeleteAwl2 aritu ada gak suara2 sumbang yg kata apa la cite macam ni nak masuk tv, rosak la nnt ank2 kita. Terikut sgala mcm.
Tp bl ak tgk dan kaji, banyak isi tersirat yg positif yg boleh kita dpt.
@anis - bagus!
ReplyDelete@nisah - nisah camne?
@epah - hehe banyak mesej dia, "akat kita kalau diasah boleh jadi senjata."
Paling terkesan kat aku part yang ayah dia anti zakiah jadi cikgu. Jadi cikgu tak berjaya ke? ahak
aha.. ramai yg tgk citer ni... seronok!.. pasni watak NEET boleh diketengahkan pulak.. hehe.. :p
ReplyDeleteaku ni mmg jenis xtgk tv..bgus la jgk at least ko pomot sumthin utk aku..at least ada alasan la nk tgk tv..heheh..
ReplyDelete@ramadan - ada ada citer neet..tapi drama jepun la. haha..tunggu la malaysia buat nanti
ReplyDelete@ainur - mencari alasan tengok tv...haha
Nmpk gaya xdpt tgk juvana ag, kene tgk kt tonton lak.. Grrr...
ReplyDeletep/s: mode menjadi cikgu, tp bkn cikgu juvana.Hehe