Tersebutlah kisah Upin dan Ipin mengekori kakaknya, Kak Ros ke kedai barang kemas....
Sila baca dengan nada Upin Ipin dan Kak Ros for the ultimate feeling.
"Kakak kakak, kita datang sini nak buat apa?"
Tanya si Upin, pelik sebab tidak pernah datang ke kedai tersebut.
"Ada la...nak tengok cincin."
"Oooo...nak beli cincin kat bang Jay eyy...."
"Ish budak ni ada pulak. Mana ada orang perempuan beli cincin kat orang lelaki"
"Kenapa pulak?"
"Cincin yang ni biasa orang perempuan yang pakai, kalau lelaki pakai tu cincin lain.."
"Oooo...cincin orang lelaki camne pulak?"
"Ish budak ni banyak soal pulak. Duduk je la diam-diam kat situ. Nanti kita pergi kedai beli mainan. Duduk dulu."
"Kakak ni..orang tanya dia marah-marah pulak..Tak baik kan Ipin kan"
"Betul betul betul!"
------------------------------------------------------------------------
"Ipin Ipin tengok ni cantiknya cincin ni!!!"
Upin & Ipin tengok sambil meleleh air liur..
"Ish ish budak ni. Jangan sentuh! Kau ingat tu berapa harga?"
"Ala orang nak tengok jee..."
"Kalau 70 sen, Ipin pun boleh beli! Duit kat tabung ada lagi kan Upin kan"
"Amboi amboi suka hati je 70 sen je kau kata. Ini RM 70 juta tau tak?"
"70 juta?? 70 juta tu banyak mana Ipin?"
Sambil mendepakan tangan lagi dan lagi.
"Banyak ni kot"
"Betul tak Kak Ros?"
Sambil menepuk nepuk perlahan (patting dalam BM apa?) kepala Ipin.
"Pandai la adik akak ni. RM70 juta banyak tau tak. Kalau nak tahu RM 70 juta tu seumur hidup pun belum tentu boleh dapat."
"Ye ke Kak Ros? Kalau Upin simpan semua duit belanja Upin dalam tabung sampai Upin umur 50 tahun dapat tak banyak tu?"
"Hiiiii...malas aku nak layan budak ni. Dah jom balik!"
"Eh kata nak beli mainan!"
"Ha ye la.. jom la cepat."
Upin berbisik dalam hati...
"Lepas ni, aku nak simpan duit biar banyak-banyak sampai RM70 juta...nanti boleh aku beli cincin tu bagi kat Mei Mei....hihiii"
Disclaimer: Tak ada kena mengena dengan hidup dan yang mati!
cincin gelang rotan.
ReplyDeletehaha..pe yg nk gtu senarnye??nk bli cincin ntok makwe ye..smpan la duit awl2..emas skrg mkin mhl..kekeke
ReplyDelete@din_diet - yang tu 70 sen kot?
ReplyDelete@yaya - takpe makwe lyn silver, x minat gold
terbaik....
ReplyDeleteko beli cincin tunang plak hakim... RM 2 juta jadi lak
ReplyDeletedari aku beli cincin baik aku beli rumah banglo lagi bagus
ReplyDelete