Followers

Monday, July 4, 2011

Oh Fesbuk

Fesbuk.

Laman sosial maya. Tak real. Tapi berguna.

Pernah tak korang tetiba jumpa kawan sekolah rendah korang yang dah lama tak jumpa, korang pernah jumpa sekali je pada tahun 2006 dan setelah 5 tahun korang rasa korang ternampak dia di stesen bas, cuma korang rasa dia macam lain dari 5 tahun lepas. Kurus, dan lebih kacak. Korang tak pasti nak tegur ke tak. Sebab kalau korang tegur kang nanti...sama ada jadi seperti situasi di bawah.



Situasi 1:
A: "Weh....Izaya kan?"
B: "Ha..sapa?"
A: "Op..ehhe..sori2.."

Situasi 2:
Si A approach si B sambil tersenyum. B pun senyum.
A: "Erm.. ni Izaya kan?"
B: "Aah..erm...sapa eh? Tak cam ar."
A: "Ni Shizuo musuh ketat ko" <-- merepek. tak ke dah malu gelabah orang tak kenal ko pulak lol

Situasi 3:
A senyum. B senyum. A lambai tangan. B lambai tangan.
A: "Izaya kan?"
B: "Ahh..weh Shizuo! Lama tak jumpa hang!"
A: "Lain gila hang aku nampak."

Bla bla sok sek wek...lol


Aku taknak jadi macam situasi 1 dan 2. Sebab tu aku pakai fesbuk! Ya fesbuk! Tak perlu rasa segan kalo silap tegur. Siap boleh tengok gambar latest orang tu. So baru konfem yang itu adalah orang tersebut. Kalo pun rasa segan bukannya orang tu tahu. haha.


Terima kasih fesbuk. Anda sangat berguna.