Followers

Friday, April 29, 2011

Wapanese #1 - Hikikomori

Suatu hari, dindiet bertanyakan soalan pada encik chanz melalui google talk.

"Hikikomori tu apa?"

Just about when I decided to make entries about wapanese stuff.

Sebagai seorang yang agak alim (cewah) tentang dunia manganime dan sikit-sikit tentang Jepun, chanz nak kongsi la sikit pengetahuan tentang terms, ungkapan yang digunakan among Jepun/US manganime cultures.

So the first one is - Hikikomori.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pertama kali jumpa perkataan ni adalah melalui majalah kesayangan chanz, Starz. Semua isu Starz chanz ada, sehinggalah...Starz diberhentikan kerana...bos Gempakstarz kata orang Malaysia tak layan anime!!! betul ke? huuhu


Ok. Back to topic.

Hikikomori atau dalam tulisan Hiragananya, ひきこもり merujuk pada golongan manusia yang anti-sosial, mengurung diri dalam bilik, duduk depan komputer tanpa peduli hal dunia luar.

In English, we call it...hermit, or shut-in.

Kalau dalam Malay, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, hermit..sama maksud dengan pertapa..LOL?



Hikikomori ni biasanya terdiri daripada otaku, orang takde keja (NEET atau Not in Education, Employment or Training). Mana mereka dapat duit nak hidup? Biasanya mereka bergantung pada duit famili lah, parents, kakak ke abang ke yang kononnya sayangkan mereka.


Antara gaya hidup mereka yang tipikal; kumpul figures, kumpul komik, main game, main internet (forumming, gaming), tengok anime, dan duduk depan komputer sampai pening.


Dari segi pemakanan mereka (cewah budak diet kena la cakap pasal pemakanan), mereka hanya makan makanan segera yakni mee segera, air coke, minuman ringan, keropok2, burger2, dan maybe kalo yang tinggal dengan keluarga tu dapat la makan yang sihat2 sikit. Kebanyakannya tinggal sendiri. Kalau dah keja duduk depan komputer je, mana ada masa nak masak. Mesti nak makan segera kat bilik jek.


Nak tengok gambar bilik seorang hikikomori?


messy room

Boleh tengok selanjutnya kat sini

hahak




Banyak anime/jdrama yang sentuh tentang hikikomori ni. Antara yang popular - Welcome to the NHK. Berkisarkan hikikomori, Satou, seorang dropout universiti yang tetiba mengurungkan diri dalam bilik kerana menganggap semua benda adalah konspirasi (SUBETE WA INBOU DESU!). Teori dia, ada organisasi rahsia digelar Nihon Hikikomori Kyoukai (NHK) yang ditubuhkan bertujuan memenuhi dunia ini dengan hikikomori. Sounds familiar? Teori konspirasi? Anime ini fokus tentang kehidupan seorang hikikomori dan bagaimana Satou cuba bersosial, lari dari kehidupan hikikomori dengan bantuan sorang perempuan, Misaki.


Citer lain dengan tema yang sama - Chaos Head. Ni lagi dasat, watak utama ni tinggal dalam kotak trailer dah macam pekerja binaan da.

Kedua-dua anime ni sangat psiko. Dan very dark.





Banyak sebab mereka jadi hikikomori. Kalau kita lihat situasi di Jepun, yang mana taraf hidup dan tekanan kerja sangat tinggi. Bayangkan kalau korang dah usaha gila-gila, kerja sana sini, tetiba ekonomi merudum korang kena fired. Putus asa. Kurung dalam bilik. Student psikologi boleh cerita panjang-panjang lagi.

Sepanjang yang chanz tengok kedua anime di atas, chanz dah boleh rasa apa yang mereka rasa.

Dan biasanya hikikomori terdiri dari golongan lelaki.

Sekian pelajaran kita hari ini~

Selepas ni anda boleh gunakan perkataan hikikomori atau NEET instead of penganggur yang lame. :P

P/S: chanz nak jadi hikikomori kalau chanz punyai wang berjuta-juta....wahahahahaaa~ #pointlesslife #hayatenogotoku (dude dis is no tuwitta!)

3 comments:

  1. since when ko guna chanz instead of aku? lol
    or ko mmg guna chanz dari dlu? aku baru sedar..
    haha

    aku rse aku knal sorg hikikomori, wlwpun x extreme sgt laa. XD

    ReplyDelete
  2. suma aku guna. aku, gua, saya, chanz. hahak~ ikut mood. dulu ada aku guna chanz la.

    ReplyDelete

would love to hear your thoughts on this.. click "subscribe by email" to get my reply :)