Followers

Tuesday, May 3, 2011

Saya Post Ikut Suka

Kadang-kadang, bila nak post sesuatu kat blog aku terfikir gak apa rasanya perasaan pembaca aku ni. Dorang nak baca ke. Peduli ke dorang. Risau pun ada. Mana tahu ada yang teroffense dengan tulisan aku. Mana tahu ada yang anggap tulisan aku ni sangat stup*d. Saya tak suka dianggap stup*d. Mana la tahu kan.


Kemudian aku fikir balik pada tujuan aku berblog, aku bukannya nak orang baca sangat sebenarnya. Tujuan aku blog: Apa yang terlintas kat kepala aku, aku tulis. Aku nak ia dijadikan bentuk tulisan. Documented. The thoughts that should be kept in words. Dan biasanya aku gunakan twitter. Tapi twitter takleh panjang-panjang. Kang ada orang tensen bila aku banyak-banyak tulis kat timeline dorang lak..


Biasanya orang tulis blog akan mengubah isinya mengikut siapa pembaca blog mereka. Kalau yang baca tu banyak kaki anime, tulis la pasal anime. ahak. Tapi aku, rasa tak sesuai nak buat camtu. I mean, rasa macam terkongkong dalam menulis sesuatu. Nak kena guna bahasa yang elok la apa la.


So, kepada pembaca sekalian saya ingin minta maaf kalau bahasa yang digunakan adakalanya tidak matang dan tidak appropriate. Dan content yang saya ingin sampaikan adakalanya terlalu nonsense tak masuk dek akal. Dan adakalanya saya bukan serius pun menyatakan sesuatu perkara tu, tapi dianggap serius oleh pembaca. Dan adakalanya saya menjadi sangat emo saya pun taktau kenapa saya tulis macam tu kat sini. ahak


Anyway, thanks for being my readers everyone. I didn't ask for it yet you are reading and commenting my entries. I appreciated the time that you've used to read and do that.


Well, nama pun blog. Blog itu merepek. :P